mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM KHAS MERDEKA DAN HARI MALAYSIA NADI SELURUH MALAYSIA

TARIKH: 7 SEPTEMBER 2025 (AHAD)
MASA: 10.00 PAGI – 4.00 PETANG
TEMPAT: NADI KG PANTAI EMAS, KOTA BELUD, SABAH
TUJUAN

Program Khas Merdeka yang disambut bersempena dengan bulan kemerdekaan Malaysia ini diadakan bertujuan untuk memupuk lagi semangat patriotik serta bagi memperingati jasa-jasa mereka yang telah berjuang untuk mencapai kemerdekaan negara. Selain daripada itu, program ini juga mampu mengeratkan lagi hubungan sesama komuniti di mana mereka dapat berjumpa sesama mereka serta dapat menyertai aktiviti bersama-sama.
AKTIVITI

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah Pendaftaran Keahlian NADI percuma, Saringan Kesihatan percuma, sesi Wayang Pacak bertajuk “Leftenan Hassan”, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Pertandingan Menghias Kek tema Kemerdekaan, Pertandingan E-Sport bagi kategori Remaja serta sesi Live bersama Datuk Yb Fahmi Faizal.