| 27 NOVEMBER 2025 (KHAMIS) 2.30 PETANG – 4.30 PETANG NADI KAMPUNG PANTAI EMAS |
| TUJUAN Kelas ini bertujuan untuk memperkasa usahawan dengan kemahiran asas yang penting. Menyediakan pendedahan digital dan AI supaya perniagaan lebih kompetitif. Membantu penyediaan pelan perniagaan yang mantap, lengkap dengan aspek kewangan dan strategi. Kelas ini memastikan peserta bukan sahaja faham teori, tetapi juga mampu mengaplikasikan pengetahuan secara praktikal dalam dunia keusahawanan sebenar. |
| AKTIVITI Antara aktiviti sepanjang kelas ialah penerangan ringkas tentang minda usahawan, simulasi kira kos operasi, untung kasar & untung bersih, peserta diminta menilai harga produk masing-masing dan mengenal pasti margin. Di bawah tajuk AI pula, peserta diajar cara penggunaan AI untuk usahawan, demo penggunaan Chat GPT, menjana idea produk, membuat skrip pemasaran, demo cara menghasilkan logo perniagaan serta tugasan di mana peserta menghasilkan 1 kandungan pemasaran menggunakan AI. Selain itu, merekea diberi latihan mengenal pasti pelanggan sasaran dan masalah yang ingin diselesaikan, bengkel ringkas merangka objektif, strategi pemasaran dan struktur kos, penyediaan draf pelan perniagaan menggunakan template. |