| TARIKH : 06 DISEMBER 2025 (SABTU) MASA : 9.00 PAGI – 4.30 PETANG TEMPAT : NADI KAMPUNG PANTAI EMAS, KOTA BELUD |
| TUJUAN Program Mini Hari Terbuka Bersama Komuniti (Awareness and Promotion NADI) ini dilangsungkan dengan bertujuan untuk membuka ruang kepada para komuniti setempat untuk mengenali NADI serta menikmati perkhidmatan percuma yang disediakan seperti saringan kesihatan percuma, pendaftaran keahlian percuma, pendaftaran MyDigital ID percuma dan sebagainya. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan Smart Service NADI serta untuk memberi kesedaran kepada komuniti mengenai keselamatan siber yang berkaitan dengan maklumat berita palsu dengan memperkenalkan AIFA. Di samping itu, untuk mengeratkan hubungan antara staff NADI dengan warga komuniti dengan mengadakan berbagai jenis pertandingan dan permainan yang menarik. |
| AKTIVITI Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ialah pendaftaran keahlian NADI percuma, saringan kesihatan percuma, pendaftaran MyDigital ID percuma, sesi cabutan bertuah, taklimat pengenalan NADI, serta taklimat pengenalan MCMC Nexus dan Chatbot AIFA. Selain itu, aktiviti sesi selingan kuiz teka silang kata serta pertandingan mewarna menggunakan Microsoft Paint bagi kategori dewasa. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan pertandingan Musang Berjanggut bagi kategori kanak-kanak dan Pertandingan Nintendo Switch Dance bagi kategori remaja dan kanak-kanak. Program diakhiri dengan aktiviti cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan. |
GAMBAR












































