RESTORAN DE FARAH CAFE, KG KUALA ABAI

Gerai Gula Apong & Superb Cendol Bypass Kudat

Gerai ini terletak di Kampung Wakap, Kota Belud di mana tidak jauh dari Kampung Pantai Emas. Pemiliknya merupakan warga kampung Wakap dan telah beroperasi lebih kurang selama 5 tahun. Walaupun Ais Krim Gula Apong ini terkenal di Sarawak, namun ais krim gula apong di Kota Belud ini terkenal juga kerana keenakannya. Tambahan pula ramai yang mengatakan rasanya kurang manis agak sesuai untuk mereka yang gemarkan makanan yang kurang gula. Setiap hari, gerai ini akan dipenuhi oleh pelanggan tidak kira dari dalam atau luar daerah. Gerai ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 11 malam. Selain aiskrim gula apong dan cendol, mereka juga menyediakan pelbagai jenis makanan yang lain seperti Mee goreng special, nasi goreng, sayap ayam dan lain-lain.
PRODUK ASIMUNAH ENTERPRISE

Ikan Liking

Belacan Kota Belud
Ini merupakan produk keluaran warga komuniti Kampung Pantai Emas, iaitu Puan Asimunah Onin. Beliau telah mengusahakan bisnes makanan hasil laut ini lebih dari 10 tahun. Antara produk makanannya yang laris di sini ialah Ikan Liking, Ikan Masin, Belacan, Ikan Bilis, Ketam bakau, Bubuk dan Kerang. Ianya dijual di antara RM5 hingga RM 25 mengikut kategori produk dan saiz produk.
Magix Burger



Magix Burger telah beroperasi sejak tahun 2016 di Kampung Pantai Emas yang diusahakan oleh salah seoarang komuniti di sini yang bernama Mohd Haimi Bin Labin. Gerai burger ini dibuka setiap hari bermula dari jam 3.00 petang hingga jam 8 malam. Pelbagai jenis burger yang dijual antaranya Burger Ayam Crispy original, BBQ, Cheese dan Double. Selain itu, yang membuatnya lebih menarik ialah ianya boleh didapati dalam 2 saiz, saiz kecil (biasa) dan saiz besar di mana saiznya sebesar sebiji piring. Ramai yang meminati burger crispy ini tidak kira dari dalam kampung dan di luar kampung kerana keenakan dan keunikan burgernya.
