NOVEMBER 2024
| Aktiviti | : PROGRAM ADVOKASI SAFE INTERNET SK TAMAU, KOTA BELUD |
| Tarikh | : 29 November 2024 (Jumaat) |
| Masa | : 10.00 pagi – 11.30 pagi |
| Lokasi | : Sekolah Kebangsan Tamau, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Program ini bertujuan untuk memberi perkongsian tentang keselamatan siber, selain untuk memperkenalkan NADI kepada para pelajar SK Tamau. |
|
| Aktiviti |
|
|
Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang program ialah taklimat pengenalan NADI, taklimat keselamatan siber dan kuiz berkaitan keselamatan digital. |
|
| Aktiviti | : KELAS REKA BENTUK MEDIA DIGITAL NADI X AIM WILAYAH KOTA BELUD SABAH SESI 2 |
| Tarikh | : 27 November 2024 (Rabu) |
| Masa | : 9.00 pagi – 5.00 petang |
| Lokasi | : NADI Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Kelas ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada para sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia yang juga merupakan usahawan mikro sekitar Kota Belud tentang penggunaan Tik Tok Shop, cara mendaftar akaun seller Centre, cara menyunting video menggunakan aplikasi Capcut, cara menyunting poster menggunakan Canva dan cara menggunakan Chat GPT. |
|
| Aktiviti |
|
|
Sepanjang kelas, staff NADI telah memperkenalkan serba sedikit tentang latar belakang NADI dan manfaat NADI. Pihak NADI Kg Pantai Emas juga telah membuka pendaftaran ahli secara percuma sebelum kelas dimulakan. Antara topik yang diajar sepanjang kelas ialah TikTok seller, cara menyunting video di Capcut, cara menggunakan Canva dan juga cara menggunakan serta membuat prompt di Chat GPT |
|
| Aktiviti | : KELAS REKA BENTUK MEDIA DIGITAL NADI X AIM WILAYAH KOTA BELUD SABAH SESI 1 |
| Tarikh | : 17 November 2024 (Ahad) |
| Masa | : 9.00 pagi – 5.00 petang |
| Lokasi | : NADI Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Kelas ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada para sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia yang juga merupakan usahawan mikro sekitar Kota Belud tentang penggunaan Tik Tok Shop, cara mendaftar akaun seller Centre, cara menyunting video menggunakan aplikasi Capcut, cara menyunting poster menggunakan Canva dan cara menggunakan Chat GPT. |
|
| Aktiviti |
|
|
Sepanjang kelas, pihak NADI telah memperkenalkan serba sedikit tentang latar belakang NADI dan manfaat NADI. Pihak NADI Kg Pantai Emas juga telah membuka pendaftaran ahli secara percuma sebelum kelas dimulakan. Selain sesi kelas Tik Tok, Capcut, Canva dan AI/Chat GPT, staff NADI juga telah memberi khidmat saringan kesihatan percuma kepada para peserta. |
|
OKTOBER 2024
| Aktiviti | : PROGRAM FESTIVAL TARI TEMPASUK PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA TAMU BESAR KOTA BELUD 2024 |
| Tarikh | : 25 Oktober 2024 (Jumaat) |
| Masa | : 9.00 pagi – 5.00 petang |
| Lokasi | : Dewan Al-Arsad, Perkarangan Pusat Khidmat Rakyat DUN Tempasuk, Kampung Keguraan, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Program Festival Tari Tempasuk julung kali diadakan sempena dengan sambutan Tambu Besar Kota Belud 2024. Pihak NADI kluster Kota Belud telah dijemput untuk memberikan perkhidmatan kepada para pengunjung di sana. Dengan itu, pihak NADI mengambil peluang untuk membuka pendaftaran percuma keahlian NADI di samping memperkalkan NADI kepada masyarakat di sana. |
|
| Aktiviti |
|
|
Antara aktiviti yang diadakan di festival ialah jualan produk usahawan tempatan, gerai jualan, pertandingan memanah, pertandingan tarian luar dan dalam daerah Sabah, cabutan bertuah dan sebagainya. Manakala, pihak NADI pula mengadakan pameran NADI di booth yang disediakan. Antara aktiviti di booth NADI ialah pendaftaran keahlian NADI percuma, kuiz KDB, pameran produk usahawan NADI dan banyak lagi. |
|
| Aktiviti | : PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI PERINGKAT DUN TEMPASUK |
| Tarikh | : 13 Oktober 2024 (Ahad) |
| Masa | : 8.00 pagi – 12.30 tengahari |
| Lokasi | : Dewan Kampung Taun Gusi 1, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Program Jiwa Komuniti Madani ini bertujuan untuk mendekatkan lagi komuniti dengan pemimpin mereka. Selain itu, untuk memperkenalkan agensi-agensi swasta dan kerajaan seperti NADI kepada masyarakat di kampung tersebut. Di samping itu, agensi-agensi ini juga akan memberikan perkhidmatan yang percuma kepada para pengunjung seperti NADI membuka pendaftaran keahlian NADI percuma pada hari tersebut. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai lebih kurang 200 orang telah membanjiri program ini. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Mohd Arsad Haji Bistari merangkap ADUN N.9 Tempasuk. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan seperti pameran dari agensi-agensi kerajaan dan swasta, pemeriksaan kesihatan percuma, gerai jualan usahawan tempatan, pertandingan futsal wanita, indoor games dan cabutan bertuah. NADI juga tidak ketinggalan untuk mengadakan pameran pengenalan NADI, pameran produk usahawan NADI, kuiz serta pendaftaran ahli NADI percuma. |
|
| Aktiviti | : PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI PERINGKAT DUN KADAMAIAN |
| Tarikh | : 12 Oktober 2024 (Sabtu) |
| Masa | : 8.00 pagi – 12.30 tengahari |
| Lokasi | : Dewan Terbuka Sosondoton, Kampung Piasau, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Program Jiwa Komuniti Madani ini bertujuan untuk mendekatkan lagi komuniti dengan pemimpin mereka. Selain itu, untuk memperkenalkan agensi-agensi swasta dan kerajaan seperti NADI kepada masyarakat di kampung tersebut. Di samping itu, agensi-agensi ini juga akan memberikan perkhidmatan yang percuma kepada para pengunjung seperti NADI membuka pendaftaran keahlian NADI percuma pada hari tersebut. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai lebih kurang 200 orang telah membanjiri program ini. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ewon Benedick selaku Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi juga merangkap ADUN N.11 Kadamaian. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan seperti pameran dari agensi-agensi kerajaan dan swasta, pemeriksaan kesihatan percuma, gerai jualan usahawan tempatan, pertandingan memancing, pertandingan menyanyi, cabutan bertuah dan indoor games. NADI juga tidak ketinggalan untuk mengadakan pameran pengenalan NADI, pameran produk usahawan NADI, kuiz dan pendaftaran ahli NADI percuma. |
|
| Aktiviti | : TAKLIMAT NADI MAHIR (NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT) |
| Tarikh | : 8 Oktober 2024 (Selasa) |
| Masa | : 10.00 pagi – 11.00 pagi |
| Lokasi | : Bilik Latihan NADI Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Taklimat NADI MAHIR yang disampaikan oleh wakil pihak NADI MAHIR bertujuan untuk menarik minat komuniti untuk menyertai program kemahiran seperti mahir jahitan, mahir memasak, mahir gajet, mahir, pertanian dan mahir foto. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 5 orang peserta yang menyertai taklimat ini. Mereka diberikan penerangan mengenai NADI MAHIR, penjadualan kelas kemahiran mingguan serta cabutan bertuah online. |
|
SEPTEMBER 2024
| Aktiviti | : SEMINAR MEMBANGUN SABAH DALAM PERSPEKTIF MALAYSIA MADANI |
| Tarikh | : 26 SEPTEMBER 2024 (Khamis) |
| Masa | : 7.30 pagi – 12.30 tengahari |
| Lokasi | : Dewan Amil, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kota Kinabalu, Sabah |
| Tujuan | |
|
Seminar ini bertujuan untuk membincangkan hal berkaitan dengan belia dalam membangun negara berkonsepkan Malaysia Madani dan Halatuju Sabah Maju Jaya. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk membincangkan peranan pendidikan terutama dalam bidang STEM dalam memperkasa generasi Sabah seterusnya menyorot akan kepentingan teknologi kecerdasan buatan AI dalam transformasi Sabar ke era digital. |
|
| Aktiviti |
|
|
Staff NADI telah menghadiri jemputan seminar dari pihak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah. Pelbagai input yang telah dikongsikan antaranya perbincangan tentang cabaran dan harapan masa depan pendidikan Sabah yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Negeri Sabah, Professor dari Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS dan Pegawai Tugas-tugas Khas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Selain itu, perbincangan tentang Transformasi Digital Sabah; Cabaran Teknologi Kecerdasan Buatan AI yang disampaikan oleh Proffessor dari Fakulti Sains dan Sumber Alam UMS dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. |
|
| Aktiviti | : KELAS USAHAWAN CHAT GPT DAN PERTANDINGAN POSTER AI |
| Tarikh | : 22 SEPTEMBER 2024 (Ahad) |
| Masa | : 9.00 pagi – 12.00 tengahari |
| Lokasi | : NADI Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada usahawan dan bakal usahawan tentang kepentingan dan kelebihan penggunaan Chat GPT. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk memberikan tunjuk ajar kepada para peserta cara untuk membuat poster menggunakan prompt AI. |
|
| Aktiviti |
|
|
Pada permulaan kelas, para peserta diberikan taklimat pengenalan Chat GPT serta mereka diberikan peluang untuk membuat prompt poster produk sendiri. Seterusnya, para peserta juga diajar cara untuk menyunting poster mereka di aplikasi Canva. Setelah selesai, poster-poster tersebut dimuatnaikkan di page FB NADI Kampung Pantai Emas untuk diundi mana satu poster yang akan merai Like terbanyak. |
|
| Aktiviti | : KELAS AI UNTUK RAKYAT DAN ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK |
| Tarikh | : 21 SEPTEMBER 2024 (Sabtu) |
| Masa | : 9.00 pagi – 11.30 tengahari |
| Lokasi | : NADI Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Kelas AI untuk rakyat ini bertujuan untuk memberikan pemahaman tentang AI kepada para peserta dengan membawa mereka menyertai kelas dan kuiz secara online mengenai AI. Mereka juga boleh memperoleh lencana AI Aware dan AI Appreciate setelah selesai menyiapkan tugasan AI Rakyat. Selain itu, advokasi KDB juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta akan kepentingan keselamatan siber. |
|
| Aktiviti |
|
|
Para peserta diberikan sedikit taklimat olehs staff NADI. Setelah itu, mereka diberikan masa untuk menonton video tentang pengenalan AI. Selesai tontonan video, mereka diberikan masa untuk menyiapkan tugasan di laman AI untuk Rakyat sambil dipantau dan dibantu oleh staff- staff NADI. Di penghujung aktiviti, mereka dipertontonkan video berkaitan dengan keselamatan siber. |
|
| Aktiviti | : PERTANDINGAN MOBILE LEGEND BANG BANG PERINGKAT NADI KAMPUNG PANTAI EMAS |
| Tarikh | : 15 SEPTEMBER 2024 (Ahad) |
| Masa | : 10.00 pagi – 12.30 tengahari |
| Lokasi | : NADI Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Pertandingan ini bertujuan untuk menapis dan mencari pemain ML terbaik yang akan dibawa bertanding mewakili NADI Kampung Pantai Emas pada peringkat negara nanti. |
|
| Aktiviti |
|
|
Para peserta yang sudah mendaftar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mereka bersaing. Dan seterusnya kumpulan yang menang akan dibawa ke peringkat yang seterusnya. |
|
| Aktiviti | : AKTIVITI STEM MEMBUAT KERETA KINCIR ANGIN MENGGUNAKAN BOTOL AIR TERPAKAI |
| Tarikh | : 13 SEPTEMBER 2024 (Jumaat) |
| Masa | : 2.30 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : NADI Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pembelajaran dari bentuk kemahiran kepada para peserta tentang cara membuat kereta kincir angin dengan menggunakan bahan-bahan terpakai seperti botol air dan lidi. Selain itu, untuk menguji tahap kecerdasan dan kreativiti mereka untuk membuatkan kereta botol tersebut dapat bergerak jauh. |
|
| Aktiviti |
|
|
Pertama sekali para peserta diberikan sedikit taklimat dan tontonan video cara-cara membuat kereta kincir angin tersebut. Seterusnya, mereka diminta untuk membuatnya sendiri bersama ahli kumpulan masing-masing sambil dipantau dan dibantu oleh staff-staff NADI. Dan di akhir aktiviti, kereta kincir angin masing-masing akan diuji sama ada mampu bergerak dengan lebih laju atau tidak dan sesiapa paling jauh pergerakan keretanya akan menjadi pemenang. |
|
OGOS 2024
| Aktiviti | : PROGRAM SAMBUTAN AMBANG MERDEKA KRT KG PIRASAN |
| Tarikh | : 30 OGOS 2024 (Jumaat) |
| Masa | : 8.00 pagi – 5.00 petang |
| Lokasi | : Padang dan Dewan Kampung Pirasan, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
NADI kluster Kota Belud telah dijemput oleh pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Pirasan untuk memberi taklimat pengenalan NADI dan pameran NADI sempena sambutan Ambang Merdeka. Tujuan program adalah untuk mewar-warkan akan kewujudan NADI di sekitar Kota Belud serta kelebihan dan fungsinya. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan produk-produk usahawan, tentang aplikasi MyDigital ID, serta ciri-ciri keselamatan siber kepada para pengunjung booth NADI. |
|
| Aktiviti |
|
|
Antara aktiviti sepanjang program ialah taklimat pengenalan NADI, pameran usahawan, pengenalan MyDigital ID, kuiz kemerdekaan, kuiz klik dengan bijak, pendaftaran ahli percuma dan banyak lagi. |
|
| Aktiviti | : KARNIVAL HEM SK TAGINAMBUR |
| Tarikh | : 29 OGOS 2024 (Khamis) |
| Masa | : 9.00 pagi – 12.30 tengahari |
| Lokasi | : SK Taginambur, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
NADI kluster Kota Belud telah dijemput oleh pihak SK Taginambur untuk menyampaikan ceramah SAFE internet sempena karnival HEM yang diadakan di sekolah tersebut. Ceramah advokasi ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar dan warga SK Taginambur tentang keselamatan dunia siber di samping untuk memperkenalkan NADI kepada mereka. |
|
| Aktiviti |
|
|
Antara aktiviti sepanjang program ialah jualan kelab usahawan sekolah, ceramah SAFE internet, ceramah UBK, kuiz kemerdekaan, ceramah kesihatan dan banyak lagi. |
|
| Aktiviti | : KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG KOTA BELUD |
| Tarikh | : 24 OGOS 2024 (Sabtu) |
| Masa | : 8.00 pagi – 2.00 petang |
| Lokasi | : Padang Kampung Mantanau, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Program yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Penerangan Kota Belud ini diadakan bagi meraikan hari kemerdekaan yang bakal tiba. Di samping untuk mendekatkan rakyat dengan pemimpin di sekitar dan juga untuk memperkenalkan NADI kepada komuniti. |
|
| Aktiviti |
|
|
Antara aktiviti sepanjang program ialah senamrobik, pameran agensi dan swasta, pertandingan mewarna kanak-kanak dan warga emas, pemeriksaan kesihatan, derma darah, ceramah kenali NADI, pakaian beragam kanak-kanak, ceramah Japen, serta Flag Off Konvoi Kembara Merdeka. |
|
| Aktiviti | : KELAS ASAS ICT POWERPOINT DAN PEMBENTANGAN SLIDE |
| Tarikh | : 18 OGOS 2024 (Ahad) |
| Masa | : 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
| Lokasi | : Bilik Latihan NADI Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Kelas asas ICT Powerpoint ini bertujuan untuk membawa para ahli NADI untuk mengulangkaji pelajaran berkaitan cara membuat slide menggunakan Powerpoint, cara mengubah font, menggunakan animasi, transisi dan sebagainya. Mereka juga dilatih agar berani untuk bercakap di hadapan kelas dengan memberi peluang kepada mereka untuk membentangkan hasil kerja mereka. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 7 orang ahli NADI yang telah mengikuti kelas ini. Mereka diberikan masa untuk membaca buku cerita ringkas, lalu membuat ulasan buku menggunakan aplikasi Powerpoint. Staff memberi sedikit tunjuk ajar kepada para peserta sehingga selesai dan mereka juga diberikan tugasan untuk membentang hasil kerja di hadapan kelas. |
|
| Aktiviti | : AKTIVITI KIBARKAN JALUR GEMILANG NADI X PD |
| Tarikh | : 16 OGOS 2024 (Jumaat) |
| Masa | : 3.00 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : NADI Kampung Pantai Emas dan Perpustakaan Desa Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Aktiviti kibarkan Jalur Gemilang bersama ahli-ahli NADI dan Perpustakaan Desa Kg Pantai Emas bagi tujuan untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dan cintakan tanah air. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 22 orang peserta telah menyertai aktiviti ini. Ianya terdiri dari kalangan pelajar sekolah dan juga ibubapa mereka. Aktiviti dimulakan dengan soal jawab kuiz spontan di PD, seterusnya nyanyian lagu Jalur Gemilang. Setelah itu, para peserta dan staff NADI dan PD bekerjasama untuk memasang bendera Malaysia dan Sabah dari perkarangan PD hinggalah ke NADI. Aktiviti diakhiri dengan permainan Quizizz Kemerdekaan di NADI. |
|
| Aktiviti | : AKTIVITI QUIZIZZ KENALI NADI |
| Tarikh | : 07 OGOS 2024 (Rabu) |
| Masa | : 3.00 petang – 4.00 petang |
| Lokasi | : NADI Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini bertujuan bagi menguji tahap pengetahuan para peserta mengenai latar belakang NADI dan segala perkara yang berkaitan dengan dunia siber di dalam bentuk permainan kuiz secara online. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 6 orang peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah telah menyertai aktiviti ini. Mereka menjawab kuiz online yang soalannya berkaitan dengan NADI dan ciri-ciri keselamatan siber melalui aplikasi Quizizz. |
|
| Aktiviti | : BENGKEL DIGITAL BIZ MASTER 1.0 |
| Tarikh | : 03 OGOS 2024 (Sabtu) |
| Masa | : 8.00 pagi – 3.30 petang |
| Lokasi | : SSK Centre Kota Belud, Kota Belud, Sabah |
| Tujuan | |
|
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada komuniti tentang cara menjana pendapatan dengan menggunakan aplikasi TikTok. Selain itu, untuk berkongsi ilmu tentang cara membuat Rancangan Perniagaan dengan betul. |
|
| Aktiviti |
|
|
Bengkel ini mempunyai dua sesi iaitu sesi pertama adalah Bengkel TikTok Affiliate yang dikendalikan oleh penceramah jemputan yang mahir dengan aplikasi TikTok dan dibantu oleh staff-staff NADI. Pada sesi kedua pula adalah Bengkel Rancangan Perniagaan yang disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Peladang Kota Belud. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Syarulnizam Bin Salleh selaku Pengerusi SSK Centre Kota Belud. |
|
JULAI 2024
| Aktiviti | : KELAS ASAS ICT SUNTINGAN JALUR KOMIK CANVA |
| Tarikh | : 20 Julai 2024 (Sabtu) |
| Masa | : 2.00 petang – 3.30 petang |
| Lokasi | : NADI Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Kelas ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara menyunting komik menggunakan Canva serta untuk mengasah kreativiti dan konsentrasi para peserta untuk menyiapkan karya komik mereka. Selain itu, untuk memberi pendedahan kepada mereka akan manfaat yang banyak menggunakan aplikasi Canva. |
|
| Aktiviti |
|
|
Para peserta diminta untuk menyunting komik yang ringkas menggunakan aplikasi Canva. Pertama sekali, mereka diminta untuk memilih template yang mudah untuk mereka olah ceritanya dan seterusnya diminta untuk menyunting gambar watak dan dialog kartun di komik tersebut. |
|
| Aktiviti | : PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI PERINGKAT PARLIMEN |
| Tarikh | : 13 Julai 2024 (Sabtu) |
| Masa | : 9.00 pagi – 1.00 petang |
| Lokasi | : Bangunan Gunasama Persekutuan Daerah Kota Belud, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Program ini bertujuan untuk menghubungkan masyarakat dengan pemimpin. Selain itu, untuk memperkenalkan akan kewujudan NADI serta fungsinya kepada masyarakat di sekitar daerah Kota Belud. |
|
| Aktiviti |
|
|
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah pameran dari agensi-agensi terlibat termasuklah NADI, pertandingan mewarna kategori kanak-kanak dan warga emas, pertandingan melastik, pertandingan menghias kek cawan, kempen derma darah, zumba, jualan rahmah Madani an taklimat dari agensi-agensi terlibat. Program ini juga telah dirasmikan oleh YB Puan Isnaraissah Munirah Binti Majilis merangkap Ahli Parlimen P.169 Kota Belud. |
|
| Aktiviti | : PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI BALAI RAYA KAMPUNG BANGKAHAK SUM-SUM |
| Tarikh | : 8 Julai 2024 (Isnin) |
| Masa | : 9.00 pagi – 1.00 petang |
| Lokasi | : Balai Raya Kampung Bangkahak Sum-sum, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Program ini bertujuan untuk menghubungkan masyarakat dengan pemimpin. Selain itu, untuk memperkenalkan akan kewujudan NADI serta fungsinya kepada penduduk kampung tersebut. |
|
| Aktiviti |
|
|
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah pameran produk lokal, kempen derma darah, jualan hasil tanaman pengusaha dan taklimat dari agensi-agensi terlibat termasuk NADI. Program ini juga telah dirasmikan oleh Tuan Sigam Angor selaku Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun Tempasuk juga mewakili YB Datuk Arsad Bestari. |
|
| Aktiviti | : AKTIVITI PERMAINAN SAINS ENGINEERING ONLINE “DYNAMIC SYSTEM” DAN “FACTORY BALLS” |
| Tarikh | : 6 Julai 2024 (Sabtu) |
| Masa | : 12.00 tengahari – 2.00 petang |
| Lokasi | : NADI Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini bertujuan untuk mengasah daya pemikiran kritis para peserta dalam menyelesaikan masalah. |
|
| Aktiviti |
|
|
Para peserta diminta untuk melayari laman permainan sains engineering.com dan menyelesaikan beberapa tingkat permainan yang menarik seperti “Dynamic System” dan “Factory Balls” di mana ia berkaitan dengan logik dan Fizik. |
|
JUN 2024
| Aktiviti | : PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI KAMPUNG PANTAI EMAS |
| Tarikh | : 29 Jun 2024 (Sabtu) |
| Masa | : 8.00 pagi – 1.00 petang |
| Lokasi | : Padang Belia Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Program ini bertujuan untuk menghubungkan masyarakat dengan pemimpin. Selain itu, untuk memperkenalkan akan kewujudan NADI serta fungsinya kepada penduduk kampung tersebut. |
|
| Aktiviti |
|
|
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah pertandingan bola tampar tertutup, taklimat dari Jabatan Penerangan, gimik perasmian oleh YB Datuk Fairuz Renddan, taklimat dari KPDNKK, taklimat pengenalan NADI oleh Pengurus NADI Kg Pantai Emas, jualan rahmah, cabutan bertuah dan sebagainya. |
|
| Aktiviti | : KELAS SHOPEE AFFILIATE DAN CAPCUT |
| Tarikh | : 28 Jun 2024 (Jumaat) |
| Masa | : 9.00 pagi – 12.00 tengahari |
| Lokasi | : Bilik Latihan, NADI Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan di sekita kampung tentang cara menambahkan pendapatan dengan Shopee Affiliate. Selain itu, untuk memberi mereka tunjuk ajar cara-cara untuk menggunakan aplikasi Capcut dan cara menyunting video dengan mudah dan menarik. |
|
| Aktiviti |
|
|
Peserta diberikan penerangan tentang latar belakang Shopee dan Shopee Affiliate, cara mendaftar akaun, cara membandingkan nilai komisyen yang disediakan dan sebagainya. Pada slot Capcut pula mereka diberikan penerangan tentang teknik asas menggunakan Capcut dan seterusnya diberikan latihan amali untuk menyunting sebuah video produk yang ringkas. |
|
| Aktiviti | : PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI KAMPUNG TIMBANG DAYANG |
| Tarikh | : 23 Jun 2024 (Sabtu) |
| Masa | : 8.00 pagi – 12.00 tengahari |
| Lokasi | : Gelanggang Futsal Kampung Timbang Dayang, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Program ini bertujuan untuk menghubungkan masyarakat dengan pemimpin. Selain itu, untuk memperkenalkan akan kewujudan NADI serta fungsinya kepada penduduk kampung tersebut. |
|
| Aktiviti |
|
|
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah senamrobik, gotong-royong bersama komuniti, taklimat pengenalan NADI, taklimat dari Jabatan Penerangan, ucapan dari Ybhg Datuk Japlin Akim, persembahan tarian dari anak-anak Kampung Timbang Dayang, Cabutan Bertuah dan Jamuan. |
|
| Aktiviti | : PERTANDINGAN MENAIP TERPANTAS (BAHASA INGGERIS) |
| Tarikh | : 15 Jun 2024 (Sabtu) |
| Masa | : 9.00 pagi – 10.30 pagi |
| Lokasi | : Bilik Latihan NADI Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini bertujuan untuk menguji tahap kecekapan para peserta untuk menaip menggunakan bahasa antarabangsa, bahasa Inggeris. Di samping itu, untuk menguji pemahaman mereka mengenai artikel yang mereka taip semula. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 6 orang peserta telah menyertai aktiviti ini. Setiap peserta diberikan artikel tertentu di dalam Bahasa Inggeris. Mereka diminta untuk menaip semula artikel tersebut sehingga menyerupai artikel contoh. Para peserta diberi masa selama 1 jam setengah untuk melengkapkan tugasan. |
|
| Aktiviti | : AKTIVITI ART PROJECT MEMBUAT BUNGA MENGGUNAKAN KARTON TELUR TERPAKAI |
| Tarikh | : 7 Jun 2024 (Jumaat) |
| Masa | : 3.00 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : Perpustakaan Desa Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini bertujuan untuk mengasah bakat para peserta di samping untuk mengajar mereka untuk menjadi seorang yang kreatif dan produktif. Aktiviti ini juga pada masa yang sama menambahkan lagi kesedaran mereka tentang kepentingan kitar semula bahan-bahan terpakai. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 20 orang peserta telah menyertai aktiviti ini. Staff NADI dan PD memberikan arahan kepada peserta dan memberi demo cara-cara membuat bunga menggunakan karto telur. Seterusnya, semua peserta diminta untuk membuat sekurang-kurangnya satu kuntum bunga menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan sambil dipantau oleh staff NADI dan PD. |
|
| Aktiviti | : ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK: KENALI “BULI SIBER” DAN “CYBER-GROOMING” |
| Tarikh | : 1Jun 2024 (Sabtu) |
| Masa | : 9.00 pagi – 9.30 pagi |
| Lokasi | : NADI Kampung Pantai Emas, Kota Belud, Sabah |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada para peserta tentang apa itu jenayah “Buli Siber” dan “Cyber-Grooming”. Selain itu, advokasi ini juga untuk memberikan mereka kesedaran kesan buruk jenayah dan cara-cara untuk mengatasinya. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 8 orang peserta yang semuanya adalah golongan pelajar sekolah telah menyertai aktiviti ini. Mereka diminta untuk memasuki laman youtube dan mencari video yang berkaitan apakah itu “Buli Siber” dan “Cyber-Grooming”. Seterusnya, staff NADI memberi mereka soalan yang berkaitan dengan topik tersebut setelah mereka selesai menonton video di Youtube untuk memastikan mereka faham. |
|
MEI 2024
| Aktiviti | : AKTIVITI STEM PERMAINAN ONLINE “UNROLL BALL” |
| Tarikh | : 27 Mei 2024 (Isnin) |
| Masa | : 2.00 petang – 3.00 petang |
| Lokasi | : NADI Kampung Pantai Emas, Kota Belud, Sabah |
| Tujuan | |
|
Aktiviti STEM ini bertujuan untuk menguji tahap kecekapan minda para peserta dan untuk mengasah kemampuan minda mereka dalam menyelesaikan masalah. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 10 orang peserta yang semuanya adalah golongan pelajar sekolah telah menyertai aktiviti ini. Mereka diminta untuk memasuki laman permainan STEM online iaitu engineering.com untuk memainkan permainan yang bernama “Unroll Ball” di mana mereka diuji tentang teknik yang tepat untuk memastikan mereka dapat mengatasi halanagan dalam permainan tersebut. |
|
| Aktiviti | : AKTIVITI MEWARNA POSTER HARI GURU MENGGUNAKAN APLIKASI PAINT |
| Tarikh | : 19 Mei 2024 (Ahad) |
| Masa | : 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
| Lokasi | : NADI Kampung Pantai Emas, Kota Belud, Sabah |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini bertujuan untuk mengasah bakat dan kreativiti para peserta dalam mewarnakan gambar dan poster. Di samping itu, ianya juga bersempena dengan sambutan Hari Guru. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 8 orang peserta telah menyertai aktiviti ini. Mereka diberikan tunjuk ajar cara memuat turun gambar melalui internet. Seterusnya, mewarnakannya menggunakan aplikasi Paint. Mereka juga diajar cara untuk menyimpan kerja di komputer. |
|
| Aktiviti | : KELAS KEUSAHAWANAN SHOPEE AFFILIATE & CAPCUT |
| Tarikh | : 15 Mei 2024 (Rabu) |
| Masa | : 8.00 pagi – 12.30 tengahari |
| Lokasi | : Bilik Latihan NADI Pekan Kota Belud, Sabah |
| Tujuan | |
|
Kelas ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para usahawan dan bakal usahawan untuk mendaftar dan membuka akaun Shopee Seller. Selain itu, mereka juga diajar cara untuk membuat video menggunakan aplikasi Capcut. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 8 orang peserta telah menyertai kelas keusahawanan ini yang terdiri dari usahawan dan bakal usahawan. Mereka dibantu oleh para staff NADI dan Rakan Digital NADI untuk mendaftar akaun Shopee dan Shopee Affiliate. Selain itu, mereka juga diajar cara-cara menyunting video dengan mudah menggunakan aplikasi Capcut. |
|
| Aktiviti | : KELAS ASAS ICT POWERPOINT |
| Tarikh | : 10 Mei 2024 (Jumaat) |
| Masa | : 3.00 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : Bilik Latihan NADI Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada komuniti tentang penggunaan Microsoft Powerpoint. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 7 orang ahli NADI telah menyertai kelas ini. Mereka telah diberikan demo serta tunjuk ajar cara untuk membuka perisian Powerpoint, cara membuka slide baru, mengubah font tulisan, design sehinggalah cara memasukkan gambar ke dalam slide. |
|
| Aktiviti | : PROGRAM RAYA-RAYA NADI PD KAMPUNG PANTAI EMAS |
| Tarikh | : 4 Mei 2024 (Sabtu) |
| Masa | : 11.00 pagi – 1.00 petang |
| Lokasi | : Perpustakaan Desa Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Program kolaborasi antara NADI Kg Pantai Emas bersama Perpustakaan Desa Kg Pantai Emas ini bertujuan untuk mewar-warkan lagi kepada masyarakat akan kewujudan serta fungsi NADI dan PD di kampung ini. Selain itu, untuk mengeratkan lagi hubungan sesama staff dan juga warga komuniti dengan cara bekerjasama dengan mereka untuk menjayakan dan meraikan program ini. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai lebih kurang 60 orang ahli PD dan NADI serta ibubapa telah menyertai program ini. Antara aktiviti sepanjang program ialah bergambar kenangan bersama pengunjung NADI dan PD, jamuan potluck, kuiz spontan, penyampaian hadiah pertandingan poster raya dan sesi bertukar hadiah. |
|
| Aktiviti | : PERTANDINGAN POSTER HARI RAYA 2024 CANVA |
| Tarikh | : 3 Mei 2024 (Jumaat) |
| Masa | : 3.00 petang – 4.00 petang |
| Lokasi | : Bilik Latihan Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Pertandingan ini bertujuan untuk menguji tahap kreativiti dan kecekapan para peserta dalam membuat poster bertemakan Hari Raya. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 10 orang peserta telah menyertai pertandingan ini dan mereka diberi masa selama lebih kurang sejam untuk menyiapkan hasil kerja poster hari raya mereka. Pemenangnya diumumkan pada hari Program Raya NADI PD Kg Pantai Emas berlangsung. |
|
APRIL 2024
| Aktiviti | : KELAS CANVA “MY BUSINESS CARD” |
| Tarikh | : 28 April 2024 (Ahad) |
| Masa | : 3.00 petang – 4.00 petang |
| Lokasi | : Bilik Latihan Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Kelas ini bertujuan untuk melatih para peserta cara untuk menyunting kad bisnes secara mudah melalui aplikasi Canva. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 10 orang peserta yang merupakan ahli-ahli NADI berumur di antara 7 hingga 13 tahun telah menyertai kelas ini. Sebagai permulaan, mereka diperkenalkan dengan aplikasi Canva dan kegunaannya. Seterusnya, staff memberikan demo membuat kad dan contoh template yang ada. Peserta diberi masa untuk menghasilkan kad bisnes mereka mengikut kreativiti dan citarasa mereka. |
|
| Aktiviti | : KELAS MENAIP RINGKASAN CERITA MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD |
| Tarikh | : 28 April 2024 (Ahad) |
| Masa | : 10.00 pagi – 11.30 pagi |
| Lokasi | : Bilik Latihan Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Kelas ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta cara menaip karangan ringkas menggunakan perisian Microsoft Word. Peserta juga diajar tentang fungsi-fungsi yang ada dalam perisian Microsoft Word seperti cara menukar Font, cara memasukkan gambar dan sebagainya. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada ahli NADI dan pelajar sekolah rendah yang mengikuti kelas ini. Mereka diberikan masa lebih kurang dalam 10 minit untuk membaca cerita pendek dari majalah Dewan Pelajar. Kemudian, mereka diberikan sedikit penerangan tentang cara menggunakan Microsoft Word dan diberi masa selama setengah jam untuk menaip semula apa yang mereka fahami dan baca. |
|
| Aktiviti | : AKTIVITI UJIAN KEPANTASAN MENAIP TYPINGTEST |
| Tarikh | : 27 April 2024 (Sabtu) |
| Masa | : 3.00 petang – 4.00 petang |
| Lokasi | : Bilik Latihan Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini bertujuan untuk menguji dan melatih para peserta untuk cekap menaip. Selain itu, ianya juga untuk membiasakan mereka mengenali fungsi sesetengah butang di papan kekunci seperti butang “Capslock”, “Shift”, “Tab”, dan sebagainya. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 4 orang peserta yang merupakan ahli NADI dan pelajar sekolah rendah. Staff memasukkan mereka ke laman permainan menaip “Typingtest” dan diberi masa tertentu untuk menaip semula artikel yang diberi. Pada akhir permainan, peserta dapat melihat keputusan kepantasan menaip mereka di aplikasi permainan tersebut. |
|
| Aktiviti | : KELAS MEMBUAT POSTER HARIJADI DAN BIODATA SAYA |
| Tarikh | : 27 April 2024 (Sabtu) |
| Masa | : 10.00 pagi – 11.30 tengahari |
| Lokasi | : Bilik Latihan Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Kelas ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara untuk mereka dan menyunting poster menggunakan aplikasi Canva. Selain itu, untuk menguji daya kreativiti para peserta ketika mereka poster Harijadi dan Biodata Saya. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 4 orang peserta yang merupakan ahli NADI dan pelajar sekolah rendah. Mereka diberikan penerangan tentang apa itu Canva dan langkah-langkah untuk menggunakannya. Seterusnya, mereka diberikan tugas untuk membuat poster mereka mengikut kreativiti dan minat masing-masing. |
|
| Aktiviti | : AKTIVITI MEMBUAT SAMPUL RAYA |
| Tarikh | : 21 April 2024 (Ahad) |
| Masa | : 10.30 pagi – 12.00 tengahari |
| Lokasi | : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Kelas ini bertujuan untuk menguji tahap pemahaman dan kecekapan peserta dalam membuat sampul raya menggunakan aplikasi Paint dan seterusnya menggubahnya secara fizikal. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 7 orang peserta di mana semuanya pelajar sekolah dan juga ahli NADI menyertai aktiviti ini. Mereka diberikan pilihan template yang telah disediakan oleh staff. Mereka diminta untuk menyunting serta mewarnakan template sampul tersebut menggunakan aplikasi Paint. Seterusnya, dicetak dan digubah sehinggalah menjadi sampul duit raya yang menarik. |
|
| Aktiviti | : KURSUS ASAS PEMASARAN DIGITAL DAN FOTOGRAFI |
| Tarikh | : 18 & 19 April 2024 (Khamis & Jumaat) |
| Masa | : 8.00 pagi – 5.00 petang |
| Lokasi | : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Ambong, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Kursus ini bertujuan untuk memberi ilmu kepada para peserta cara untuk mereka mempromosikan perniagaan mereka melalui medium teknologi maklumat seperti Google My Business dan media sosial yang lain. Selain itu, mereka juga diberikan pendedahan tentang cara untuk mengambil gambar perniagaan mereka dengan lebih berkesan dan menarik. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 22 orang peserta telah menyertai kursus yang dijalankan selama 2 hari ini dan kebanyakan peserta merupakan pengusaha Homestay dan selebihnya yang baru berjinak-jinak dalam dunia perusahaan homestay. Mereka diberikan taklimat oleh tenaga pengajar yang sangat berpengalaman. Antara topik yang diajar adalah teknik Fotografi, cara menyunting di aplikasi digital, Google My Business, platform media sosial dan cara pendaftaran perniagaan. |
|
| Aktiviti | : KELAS MENGENALI APLIKASI GOOGLE MAPS |
| Tarikh | : 2 April 2024 (Selasa) |
| Masa | : 2.30 petang – 3.30 petang |
| Lokasi | : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara untuk membuka dan menggunakan aplikasi Google Maps dengan betul dan menarik. Selain itu, untuk memberi mereka peluang untuk mengenali tempat- tempat menarik sehinggalah negara-negara lain yang terdapat di aplikasi tersebut. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 6 orang peserta telah menyertai kelas ini dan terdiri dari pelajar Sekolah rendah. Mereka diberikan penerangan dan tunjuk ajar cara-cara membuka aplikasi di komputer, cara mencari tempat-tempat tertentu, cara Zoom peta, browse street view dan sebagainya. |
|
MAC 2024
| Aktiviti | : BENGKEL JOM BUAT DUIT DENGAN TIK TOK SHOP |
| Tarikh | : 20 – 21 mac 2024 (Rabu – Khamis) |
| Masa | : 8.30 pagi – 12.00 tengahari |
| Lokasi | : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Kota Belud, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat setempat tentang kelebihan yang ada pada aplikasi Tik Tok di mana kita boleh membuka kedai serta membuat duit melalui aplikasi tersebut. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 31 orang peserta telah menyertai program tersebut dan majoriti golongan lepasan sekolah dan suri rumah. Mereka diberikan pengenalan tentang Tik Tok Shop, cara mendaftar akaun, cara link akaun Tik Tok dengan Seller Centre, cara mengambil gambar produk dan cara mengiklankannya di aplikasi Tik Tok Shop. |
|
| Aktiviti | : KELAS MENAIP SINOPSIS BUKU MENGGUNAKAN MICROSOFT POWERPOINT |
| Tarikh | : 8 Mac 2024 (Jumaat) |
| Masa | : 2.30 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Kelas ICT ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta cara untuk membuat sinopsis buku yang ringkas dan pada masa yang sama mengajar mereka cara untuk membuat slide menggunakan Microsoft Powerpoint |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 9 orang peserta telah menyertai kelas ini yang terdiri dari kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah rendah. Mereka diberikan penerangan cara untuk menggunakan Microsoft Powerpoint dengan ringkas. Seterusnya, diberikan masa selama lebih kurang 10 minit untuk membaca dan setelah itu mereka diberikan tugasan untuk menyiapkan sinopsis buku serta nilai murni dan pengajaran dalam bentuk Powerpoint. |
|
| Aktiviti | : AKTIVITI QUIZIZZ RAMADHAN DAN PERTANDINGAN TYPING TEST |
| Tarikh | : 2 Mac 2024 (Sabtu) |
| Masa | : 3.00 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan para peserta berkaitan dengan hukum-hukum di bulan puasa dan untuk menguji tahap kecekapan menaip menggunakan komputer. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 5 orang peserta telah mengikuti aktiviti ini yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah rendah. Mereka diberikan masa yang tertentu bagi menyiapkan kuiz di laman Quizizz dan hasil menaip di laman Typing Test. |
|
FEBRUARI 2024
| Aktiviti | : KELAS PENULISAN RESUME MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA |
| Tarikh | : 26 Februari 2024 (Isnin) |
| Masa | : 9.00 pagi – 10.30 pagi & 3.00 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Kelas ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada komuniti yang mahu belajar cara-cara membuat resume untuk diaplikasikan semasa mereka mencari peluang pekerjaan nanti. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada golongan ibubapa, lepasan sekolah serta pelajar sekolah menengah telah menyertai kelas ini. Mereka diberikan penerangan teknik membuat resume dengan betul dan cara membuka aplikasi Canva dan menyunting resume di aplikasi Canva. |
|
| Aktiviti | : KARNIVAL KEUSAHAWANAN KAMPUNG SIASAI TAMU |
| Tarikh | : 22 Februari 2024 (Khamis) |
| Masa | : 7.00 pagi – 1.00 petang |
| Lokasi | : Gelanggang Futsal Kampung Siasai Tamu, Kota Belud, Sabah |
| Tujuan | |
|
Program Karnival Keusahawanan bertujuan untuk memperkenalkan produk-produk usahawan mikro tempatan yang berada di sekitar kampung Siasai Tamu dan juga usahawan-usahawan dari PEDi kluster Kota Belud. Selain itu, untuk memudahkan komuniti untuk mendaftarkan diri di sistem PADU memandangkan kaunter fizikal PADU turut dibuka semasa karnival. Karnival ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara tetangga yang hadir dengan orang ramai yang menjayakan program ini. |
|
| Aktiviti |
|
|
Antara aktiviti yang dilaksanakan sempena program adalah pameran PEDi dan keusahawanan PEDi, jualan di gerai-gerai usahawan, pembukaan kaunter fizikal PADU, pemeriksaan mata percuma, pembahagian simkad Maxis percuma, cabutan bertuah, tarian santai (senamrobik) dan karaoke santai. |
|
| Aktiviti | : AKTIVITI MEMBUAT KAD UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU CINA |
| Tarikh | : 09 Februari 2024 (Jumaat) |
| Masa | : 3.00 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini bertujuan untuk mengisi masa lapang para peserta sepanjang cuti persekolahan. Selain itu untuk menguji tahap softskill seperti kreativiti dan kecekapan para peserta dalam menghasilkan kad ucapan yang menarik. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 8 orang peserta yang berumur di antara 6 tahun hingga 9 tahun telah menyertai aktiviti ini. Mereka diberikan peralatan seperti kertas, alat tulis dan set warna untuk menghasilkan sebuah kad ucapan yang bertemakan Tahun Baru Cina. |
|
| Aktiviti | : AKTIVITI KUIZ WORDWALL KENALI DUNIA SIBER |
| Tarikh | : 07 Februari 2024 (Rabu) |
| Masa | : 3.00 petang – 4.00 petang |
| Lokasi | : Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini bertujuan untuk mengisi masa lapang para peserta di samping untuk menguji tahap pengetahuan mereka berkaitan dengan dunia siber seperti komponen komputer serta jenis jenayah siber yang ada. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 7 orang peserta yang berumur di antara 10 hingga 13 tahun telah menyertai aktiviti ini. Mereka diberikan nombor pilihan untuk mereka pilih nombor soalan yang akan mereka jawab. Semua soalan yang dipaparkan adalah berkaitan dengan siber. Peserta yang berjaya menjawab soalan dengan betul diberikan ganjaran manakala yang gagal menjawab akan didenda dengan denda yang ringan seperti menjawab soalan darab matematik. |
|
| Aktiviti | : AKTIVITI MENGHAFAL SURAH MELALUI LAMAN YOUTUBE |
| Tarikh | : 03 Februari 2024 (Sabtu) |
| Masa | : 10.00 pagi – 11.00 pagi |
| Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini bertujuan untuk mengisi masa lapang para peserta sewaktu cuti persekolahan. Ianya juga untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mereka selain untuk meningkatkan daya ingatan mereka dengan mengajak mereka menghafal surah-surah lazim. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 6 orang peserta yang berumur di antara 10 hingga 13 tahun telah mengikuti aktiviti ini. Mereka diberikan masa untuk membuka laman Youtube untuk menghafal surah seperti surah al-Fatihah dan 3 Qul. Seterusnya, staff yang mengendali aktiviti ini mendengar cara bacaan mereka sama ada betul ataupun salah. |
|
JANUARI 2024
| Aktiviti | : KELAS ASAS ICT WORD (MENAIP KARANGAN RINGKAS DALAM BAHASA INGGERIS) |
| Tarikh | : 22 Januari 2024 (Isnin) |
| Masa | : 3.00 petang – 4.00 petang |
| Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini bertujuan untuk mengisi masa lapang para peserta setelah sesi persekolahan. Selain itu, untuk menguji tahap kecekapan mereka dalam menggunakan Bahasa Inggeris serta kecekapan mendengar. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 8 orang peserta yang menyertai kelas ini. Staff Pedi menyebut satu persatu ayat dalam bahasa Ingeris untuk ditaip semula oleh para peserta hinggalah menjadi sebuah karangan ringkas tentang pengenalan diri. |
|
| Aktiviti | : AKTIVITI KRAFTANGAN (MEMBUAT TEMPAT LETAK PENSEL MENGGUNAKAN BOTOL TERPAKAI) |
| Tarikh | : 20 Januari 2024 (Sabtu) |
| Masa | : 11.30 pagi – 12.30 tengahari |
| Lokasi | : Perpustakaan Desa Kg Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini bertujuan untuk mengisi masa lapang para peserta di samping untuk menguji kreativiti mereka dalam menghasilkan tempat letak alat tulis dengan menggunakan botol air terpakai. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 8 orang peserta yang menyertai aktiviti ini. Mereka membawa peralatan untuk menghasilkan tempat letak alat tulis seperti botol terpakai dan lain-lain dari rumah masing. Di perpustakaan desa, mereka diberikan sedikit demo untuk menghasilkan tempat letak alat tulis yang menarik. Setelah itu, mereka diberikan masa untuk menyiapkan hasil kreatif mereka. |
|
| Aktiviti | : KELAS ASAS ICT WORD (MEMBUAT PETA LOKASI) |
| Tarikh | : 20 Januari 2024 (Sabtu) |
| Masa | : 9.30 pagi – 11.00 pagi |
| Lokasi | : PEDi Kg Pantai Emas. Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara untuk membuat peta lokasi rumah menggunakan Microsoft Word. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 2 orang peserta yang telah mengikuti kelas ini. Mereka diberikan penerangan terlebih dahulu tentang cara-cara untuk membuat peta serta contoh hasil peta lokasi yang menarik dan mudah untuk direka. Seterusnya mereka diberikan masa untuk membuat peta lokasi rumah sendiri mengikut kefahaman dan kreativiti masing-masing. |
|
| Aktiviti | : AKTIVITI STEM (MEMBINA MODEL DIY) |
| Tarikh | : 10 Januari 2024 (Rabu) |
| Masa | : 2.30 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : PEDi Kg Pantai Emas. Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini bertujuan untuk menguji minda para peserta berkaitan dengan daya membina model DIY kenderaan. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 7 orang peserta yang menyertai aktiviti STEM ini. Para peserta masing-masing diberikan bahan-bahan untuk membina model DIY kenderaan dan diberikan tugasan untuk membina model tersebut hingga berbentuk seperti model kenderaan yang sempurna. Peserta juga turut dibantu oleh staff untuk menyiapkan tugasan membina model tersebut. |
|
DISEMBER 2023
| Aktiviti | : PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK SK SEMBIRAI |
| Tarikh | : 14 Disember 2023 (Khamis) |
| Masa | : 9.00 pagi – 12.00 tengahari |
| Lokasi | : Dewan Terbuka SK Sembirai, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini adalah inisiatif untuk memperkenalkan manfaat PEDi kepada masyarakat di kawasan pendalaman, yang jauh dari PEDi. Ianya juga untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar-pelajar, guru-guru dan penduduk di sekitar SK Sembirai. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara staff-staff PEDi dan warga SK Sembirai. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 488 orang pelajar telah mengikuti program ini. Para peserta diberikan taklimat tentang pengenalan PEDi, manfaat dan perkhidmatan yang ada di PEDi, yang disampaikan oleh wakil PEDi. Selain itu, peserta juga diberikan ceramah berkenaan kesedaran kesalamatan siber. Turut diselitkan aktiviti selingan iaitu Tarian “Ram Sam Sam” dan kuiz untuk menghiburkan para pelajar. |
|
| Aktiviti | : AKTIVITI STEM (ROBOTIC HANDS) |
| Tarikh | : 8 Disember 2023 (Jumaat) |
| Masa | : 3.00 petang – 5.00 petang |
| Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta ilmu baharu berkaitan dengan STEM melalui aktiviti membuat tangan robot (Robotic hands) |
|
|
Aktiviti |
|
|
Seramai 4 orang peserta telah menyertai aktiviti ini. Pertama sekali mereka diberikan masa untuk menonton tutorial membuat tangan robot. Seterusnya, mereka diberikan peralatan seperti straw, gam, kertas dan gunting untuk membuat tangan robot. Mereka berusaha untuk menghasilkan tangan robot sambil dipantau dan diajar oleh staff sehingga berjaya. |
|
| Aktiviti | : KELAS ICT PUBLISHER (POSTER EVENT & PERNIAGAAN) |
| Tarikh | : 2 Disember 2023 (Sabtu) |
| Masa | : 10.00 pagi – 11.00 pagi |
| Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas ICT publisher bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta cara-cara menyunting poster tanpa perlukan internet iaitu dengan hanya menggunakan aplikasi Publisher di komputer. |
|
|
Aktiviti |
|
|
Seramai 8 orang peserta telah menyertai kelas ini. Mereka diberikan tunjuk ajar cara-cara membuka aplikasi Publisher, cara memilih template poster dengan betul, cara-cara menyunting poster serta membuat kata-kata menarik di poster sehinggalah cara untuk menyimpan hasil kerja tersebut. |
|
NOVEMBER 2023
| Aktiviti | : KELAS KEK HARIJADI BY MISS LINA PASTRI |
| Tarikh | : 25 November 2023 (Sabtu) |
| Masa | : 9.00 pagi – 12.30 tengahari |
| Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas Kek Harijadi by Miss Lina Pastri adalah inisiatif bagi meningkatkan kemahiran softskill para usahawan berkaitan dengan pembikinan pastri seperti kek harijadi. |
|
|
Aktiviti |
|
|
Seramai 9 orang peserta telah menyertai kelas ini. Mereka diajar tentang cara membuat kek dengan betul dan menghiasi kek harijadi. Setiap peserta diberi peluang untuk menghias kek mengikut kreativiti peserta. Selain itu, mereka juga diajar tentang cara memasak nasi beriyani beserta lauk sebagai menu extra dalam kelas ini. |
|
| Aktiviti | : KELAS ASAS ICT PAINT “FREE PALESTINE” |
| Tarikh | : 7 November 2023 (Selasa) |
| Masa | : 2.30 petang – 4.00 petang |
| Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas ICT Paint ini bertujuan untuk menambahkan lagi ilmu para pelajar berkaitan ICT, cara untuk melukis menggunakan aplikasi Paint di komputer, tambahan pula ianya adalah inisiatif kelas ICT tanpa memerlukan capaian internet. Selain itu, berkenaan dengan isu semasa, ianya juga untuk meningkatkan lagi semangat para peserta dalam bersoladiriti terhadap saudara di sana. |
|
|
Aktiviti |
|
|
Seramai 10 orang peserta telah menyertai kelas ini dan semuanya di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberikan demo terlebih dahulu untuk melukis menggunakan aplikasi tersebut. Mereka sangat bersemangat dan kreatif dalam melukis bendera negara tersebut sebagai tanda solidariti mereka. |
|
| Aktiviti | : MINI HARI TERBUKA BERSAMA KOMUNITI PEDI 2023 |
| Tarikh | : 5 November 2023 (Ahad) |
| Masa | : 8.00 pagi – 12.30 tengahari |
| Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Mini Hari Terbuka Bersama Komuniti ini bertujuan untuk menghebahkan lagi PEDi kepada penduduk setempat selain untuk meraikan sokongan komuniti terhadap PEDi dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik sempena Hari Terbuka seperti pertandingan ICT, kelas keusahawanan, advokasi Klik Dengan Bijak, taklimat MySalam dan sebagainya. Ini juga merupakan inisiatif untuk PEDi mengukuhkan hubungan dengan warga komuniti. |
|
|
Aktiviti |
|
|
Seramai lebih kurang 50 orang peserta telah menyertai program ini. Program ini diisi dengan aktiviti pendaftaran peserta di mana 20 orang yang terawal boleh mendaftar ahli secara percuma. Selain itu, Advokasi Klik Dengan Bijak yang berkaitan dengan jenayah-jenayah siber dan staff PEDi menumpukan aplikasi Truecaller sebagai cara untuk komuniti memastikan keselamatan alat komunikasi mereka. Selain itu, MySalam juga turut memberikan sedikit taklimat berkenaan Skim perlindungan masyarakat yang menawarkan perlindungan takaful kepada golongan yang memerlukan. Terdapat juga aktiviti cabutan bertuah dan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang pertandingan ICT. |
|
| Aktiviti | : KELAS KEUSAHAWANAN SHOPEE MASTERY |
| Tarikh | : 4 November 2023 (Sabtu) |
| Masa | : 9.00 pagi – 12.00 tengahari |
| Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas keusahawanan Shopee ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan komuniti terutama usahawan berkaitan dengan pemasaran digital berkaitan dengan Shopee. PEDi membawakan khas Rakan Digital dari PEDi Kg Suang Punggur bagi berkongsi lebih dalam lagi berkenaan dengan pengurusan pemasaran di Shopee. Kelas ini juga bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan para komuniti dan untuk menaikkan lagi semangat mereka menggunakan platform Shopee ini. |
|
|
Aktiviti |
|
|
Seramai 6 orang peserta telah menyertai kelas ini dan kebanyakannya di kalangan usahawan yang ada di sekitar Kg Pantai Emas. Di dalam kelas, mereka diberikan sedikit taklimat mengenai Pengenalan PEDi dan Pengenalan Rakan Digital. Seterusnya sesi kelas, mereka diberikan penerangan tentang asas cara membuka akaun Shopee, cara mengurus kedai sehinggalah proses pembungkusan parcel. Mereka juga diberikan pendedahakan yang mendalam tentang tips-tips pengiklanan di Shopee dan cara membungkus parcel yang terbaik. |
|
| Aktiviti | : PERTANDINGAN CARI PERBEZAAN GAMBAR (PELAJAR TAHAP 1) PRA MINI HBK |
| Tarikh | : 3 November 2023 (Jumaat) |
| Masa | : 3.30 petang – 4.00 petang |
| Lokasi | : Perpustakaan Desa Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Pertandingan ini bertujuan untuk menguji kecekapan dan ketelitian para peserta di kalangan kanak-kanak untuk mencari perbezaan di dalam gambar yang disediakan. |
|
|
Aktiviti |
|
|
Seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada pelajar yang berumur di antara 6 hingga 9 tahun telah menyertai pertandingan ini. Mereka diberikan contoh 2 gambar yang hampir serupa namun memiliki perbezaan yang tersembunyi. Mereka diberi masa selama lebih kurang 30 minit untuk mencari kesemua perbezaan yang ada di dalam gambar. |
|
| Aktiviti | : PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA KOMPONEN KOMPUTER (PELAJAR TAHAP 2) PRA MINI HBK |
| Tarikh | : 3 November 2023 (Jumaat) |
| Masa | : 2.30 petang – 3.00 petang |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Pertandingan ini bertujuan untuk menguji pemahaman dan kecekapan para peserta untuk menjawab soalan berkaitan dengan komponen asas komputer. |
|
|
Aktiviti |
|
|
Seramai 9 orang peserta yang terdiri daripada pelajar yang berumur di antara 10 hingga 12 tahun telah menyertai pertandingan ini. Mereka diberikan masa lebih kurang 20 minit untuk menyelesaikan teka silang kata yang berkaitan dengan komponen asas komputer. |
|
| Aktiviti | : PERTANDINGAN MENAIP TERPANTAS FAST-FINGERS (REMAJA & BELIA) PRA MINI HBK |
| Tarikh | : 3 November 2023 (Jumaat) |
| Masa | : 2.30 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Pertandingan ini bertujuan untuk menguji kecekapan para peserta untuk menaip sesuatu artikel. Selain itu, ianya juga untuk menguji pemahaman mereka dalam menggunakan aplikasi Microsoft Word yang di mana ianya digunakan khas untuk kerja menaip. |
|
|
Aktiviti |
|
|
Seramai 5 orang remaja dan belia telah menyertai pertandingan ini. Sebelum memulakan pertandingan, mereka diberi sedikit penerangan dan ulangkaji cara asas untuk menaip. Setalah itu, mereka diberikan masa selama 30 minit untuk menyiapkan tugasan. |
|
OKTOBER 2023
| Aktiviti | : PERTANDINGAN SUKA ONLINE MOBILE LEGEND SEMPENA HARI BELIA SAYANG KAMPUNG |
| Tarikh | : 21 Oktober 2023 (Sabtu) |
| Masa | : 10.00 pagi – 5.00 petang |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Pertandingan ini bertujuan untuk meraikan warga kampung dan program ini juga merupakan kolaborasi dia antara Kelab Belia Dan Sukan Sabah dengan PEDi Kg Pantai Emas sempena Hari Belia Sayang Kampung. Di samping itu, ianya juga bertujuan untuk menarik para belia untuk menyertai program yang dianjurkan oleh pihak KBS di PEDi. |
|
|
Aktiviti |
|
|
Seramai 30 orang remaja dan belia telah menyertai pertandingan ini. |
|
| Aktiviti | : PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK SEMPENA HARI BELIA SAYANG KAMPUNG |
| Tarikh | : 21 Oktober 2023 (Sabtu) |
| Masa | : 9.00 pagi – 10.00 pagi |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Pertandingan ini bertujuan untuk meraikan warga kampung dan program ini juga merupakan kolaborasi dia antara Kelab Belia Dan Sukan Sabah dengan PEDi Kg Pantai Emas sempena Hari Belia Sayang Kampung. Di samping itu, ianya juga bertujuan untuk mengisi masa lapang anak-anak di kampung ini dengan mengadakan pertandingan yang menarik untuk mereka. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 26 orang kanak-kanak telah menyertai pertandingan ini dan mereka amat seronok diberikan aktiviti sebegini, mewarna gambar yang disediakan. |
|
| Aktiviti | : PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK SMK ARSHAD |
| Tarikh | : 17 Oktober 2023 (Selasa) |
| Masa | : 8.00 pagi – 12.00 tengahari |
| Lokasi | : SMK Arshad, Kota Belud, Sabah |
| Tujuan | |
|
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar SMK Arshad tentang keselamatan siber. Selain itu, untuk menghebahkan kepada warga SMK Arshad mengenai PEDi, fungsi PEDi serta untuk mempamerkan produk-produk usahawan PEDi. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 92 orang pelajar dan 28 orang guru elah menyertai program ini. Mereka terlebih dahulu diberikan taklimat pengenalan PEDi, peranan-peranan PEDi dan apa perkhidmatan yang disediakan di PEDi. Selain itu, mereka juga diberikan ceramah mengenai kepentingan menjaga keselamatan siber dan seterusnya pihak PEDi juga mengadakan pemeran produk usahawan-usahawan PEDi. |
|
| Aktiviti | : KELAS SUNTING POSTER PUBLICATION |
| Tarikh | : 8 Oktober 2023 (Ahad) |
| Masa | : 9.30 pagi – 11.00 pagi |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas ICT ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta cara-cara membuat poster yang ringkas dan kreatif dengan menggunakan aplikasi Microsoft Publication. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 6 orang peserta telah menyertai kelas ini. Terlebih dahulu, mereka diberikan demo cara-cara untuk membuka aplikasi dan seterusnya cara untuk menyunting bentuk dan huruf sehingga menjadi sebuah poster. Mereka diberikan latihan untuk membuat poster Salam Maulidur Rasul sempena hari Maulidur Rasul. |
|
| Aktiviti | : AKTIVITI STEM PERMAINAN JUTARIA |
| Tarikh | : 3 Oktober 2023 (Selasa) |
| Masa | : 3.00 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk menggalakkan para pelajar untuk meminati permainan yang berkaitan dengan pembelajaran matematik di mana permainan jutaria ini sangat berkait rapat dengan kemahiran pengurusan kewangan. Ianya juga untuk menguji para peserta tentang cara mengurus wang dan melabur wang dengan betul. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 8 orang pelajar sekolah menengah dan rendah telah menyertai aktiviti ini. Sebahagian dari mereka menjadi pemain dan sebahagian yang lain menjadi pengurus bahagian bank. Setiap pemain bermain dalam 4 pusingan. Di akhir permainan, masing-masing diberi masa untuk mengira jumlah wang yang mereka kumpul dan yang paling banyak wang dikira pemenang dan yang paling bijak mengurus kewangan. |
|
SEPTEMBER 2023
| Aktiviti | : PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK SK LABUAN |
| Tarikh | : 27 September 2023 (Rabu) |
| Masa | : 8.00 pagi – 12.00 tengahari |
| Lokasi | : Sekolah Kebangsaan Labuan, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini adalah inisiatif untuk memperkenalkan manfaat PEDi kepada masyarakat di kawasan pendalaman, yang jauh dari PEDi. Ianya juga untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar-pelajar, guru-guru dan penduduk di sekitar SK Labuan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara staff-staff dan warga SK Labuan. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 259 orang pelajar telah mengikuti program ini. Para peserta diberikan taklimat tentang pengenalan PEDi, manfaat dan perkhidmatan yang ada di PEDi, yang disampaikan oleh wakil PEDi. Selain itu, peserta juga diberikan ceramah berkenaan kesedaran kesalamatan siber. Turut diselitkan aktiviti selingan iaitu Tarian “Ram Sam Sam” untuk menghiburkan para pelajar dan guru-guru. |
|
| Aktiviti | : AKTIVITI E-LEARNING WORDWALL (PENDIDIKAN ISLAM DAN MEMBACA) |
| Tarikh | : 18 September 2023 (Isnin) |
| Masa | : 2.30 petang – 3.30 petang |
| Lokasi | : PEDi Kg Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini bertujuan untuk menguji pemahaman peserta tentang subjek yang mereka pernah pelajari di sekolah seperti subjek Pendidikan Islam. Selain itu, untuk menguji kelancaran mereka membaca mengenali huruf. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 6 orang peserta telah mengikuti aktiviti ini, mereka diberikan permainan sambil belajar yang menarik di web Wordwall di mana ianya mempunyai banyak pilihan soalan untuk mereka mainkan. |
|
| Aktiviti | : PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA JALUR GEMILANG (DEWASA) |
| Tarikh | : 15 September 2023 (Jumaat) |
| Masa | : 9.30 pagi – 11.30 pagi |
| Lokasi | : PEDi & Perpustakaan Desa Kg Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini bertujuan untuk menguji bakat dan kemahiran motor para peserta, iaitu golongan dewasa. Di samping itu, untuk meningkatkan lagi semangat patriotik dikalangan mereka serta untuk mengeratkan lagi hubungan di antara staff dan warga komuniti Kg Pantai Emas. Ianya juga bertujuan untuk menambahkan lagi pemahaman para peserta tentang ciri-ciri yang ada pada Jalur Gemilang seperti bentuk bintang, bulan dan jalur yang ada pada bendera tersebut. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 7 orang peserta telah menyertai aktiviti melukis dan mewarna Jalur Gemilang ini. Masing-masing mempunyai kehebatan dan kreativiti yang tersendiri untuk menghasilkan lukisan Jalur Gemilang yang menarik. |
|
| Aktiviti | : KELAS ASAS MEMBUAT VIDEO CAPCUT |
| Tarikh | : 2 September 2023 (Sabtu) |
| Masa | : 10.00 pagi – 11.00 pagi |
| Lokasi | : PEDi Kg Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas Asas Membuat Video Capcut bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada usahawan yang baru berjinak-jinak dalam bisnes. Pihak PEDi memberi tunjuk ajar cara-cara menyunting video menggunakan aplikasi Capcut. |
|
| Aktiviti |
|
|
Beberapa peserta telah diajar cara-cara untuk memuatnaik gambar atau video di aplikasi, cara untuk meletakkan ‘effect’ dan animasi, menyelitkan lagu di video serta cara untuk memuat turun hasil video di Capcut. |
|
OGOS 2023
| Aktiviti | : KELAS PEMASARAN DIGITAL (SUNTINGAN VIDEO CAPCUT) |
| Tarikh | : 20 Ogos 2023 (Ahad) |
| Masa | : 11.00 pagi – 12.30 tengahari |
| Lokasi | : Dewan Kementerian Belia Dan Sukan Sabah (KBSS) Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Pihak PEDi Kluster Kota Belud telah dijemput pihak ZEQWA untuk menghantarkan wakil untuk berkongsi ilmu berkaitan pemasaran digital yang berkaitan dengan suntingan video produk (Capcut). Seramai 5 orang wakil dari PEDi Pekan KB, PEDi Kg Pantai Emas, PEDi Kg Ambong, PEDi Kg Rampayan Laut dan PEDi Kg Suang Punggur telah memenuhi undangan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta Bengkel Pembuatan Kek, Pastri dan Bun anjuran ZEQWA. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 15 orang peserta (peserta Bengkel) yang telah mengikuti kelas pemasaran digital tersebut. Wakil pihak PEDi telah memberikan taklimat ringkas tentang pengenalan PEDi dan juga tentang suntingan video Capcut kepada para peserta. Seterusnya, peserta diberikan masa untuk mempraktikkan suntingan video Capcut sehingga mahir sambil dipantau dan diajar oleh wakil pihak PEDi. |
|
| Aktiviti | : KARNIVAL KERJAYA MADANI 2023 KOTA BELUD |
| Tarikh | : 19 Ogos 2023 (Sabtu) |
| Masa | : 8.00 pagi – 5.00 petang |
| Lokasi | : Dewan Masyarakat Kota Belud, Pekan Kota Belud, Sabah |
| Tujuan | |
|
Program Karnival Kerjaya Madani 2023 yang disertai oleh ramai syarikat dalam mempromosi peluang pekerjaan yang ada untuk warga komuniti di sekitar Kota Belud. PEDi Kluster Kota Belud juga tidak ketinggalan dalam menyertai pameran untuk memperkenalkan PEDi di kalangan pengunjung. |
|
| Aktiviti |
|
|
PEDi Kluster Kota Belud telah melibatkan diri membuka booth pameran di Karnival tersebut. PEDi juga telah dipilih oleh PERKESO sebagai pusat satelit pekerjaan PERKESO bagi memudahkan para pencari kerja dalam mencari peluang pekerjaan. |
|
| Aktiviti | : PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK SK TENGKURUS |
| Tarikh | : 17 Ogos 2023 (Khamis) |
| Masa | : 9.00 pagi – 12.00 tengahari |
| Lokasi | : Dewan Sekolah Kebangsaan SK Tengkurus, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Program Advokasi KDB di SK Tengkurus merupakan inisiatif PEDi untuk memperkenalkan manfaat PEDi kepada masyarakat yang berada di pendalaman. Selain itu, ianya juga untuk meningkakan lagi kesedaran di kalangan pelajar, ibubapa dan guru-guru tentang jenayah-jenayah siber yang sering berlaku. Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama staff dan warga penduduk dalam menjayakan program seperti ini. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai lebih kurang 150 orang murid beserta 10 orang guru yang telah menyertai program ini. Mereka diberikan sedikit ceramah berkenaan pengenalan PEDi, perkhidmatan yang disediakan serta lokasi-lokasi PEDi di sekitar Kota Belud. Setelah itu, ceramah berkenaan dengan keselamatan siber disampaikan oleh salah seorang wakil Pengurus PEDi, dan seterusnya peserta diberikan kuiz berkaitan PEDi, keselamatan siber dan kuiz merdeka. Terdapat juga aktiviti selingan seperti tarian “Ram Sam Sam” dan nyanyian lagu “Saya Anak Malaysia” untuk menceriakan suasana program. |
|
| Aktiviti | : Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Sempena Bulan Kemerdekaan |
| Tarikh | : 9 Ogos 2023 (Rabu) |
| Masa | : 3.00 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : Perpustakaan Desa Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Tujuan aktiviti adalah untuk menguji tahap motor skill dan softskill para peserta melalui aktiviti mewarna Jalur Gemilang. Selain itu, untuk meningkatkan lagi semangat mereka dalam menyambut bulan kemerdekaan. Aktiviti ini juga adalah inisiatif kolaborasi antara PEDi dan Perpustakaan Desa Kg Pantai Emas. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 28 peserta telah menyertai aktiviti ini di Perpustakaan Desa kampung Pantai Emas. Mereka diberikan cetakan gambar Jalur Gemilang untuk diwarnai mengikut kreativiti masing-masing. |
|
JULAI 2023
| Aktiviti | : Kelas Pengenalan Dunia ICT dan Kuiz ICT |
| Tarikh | : 29 Julai 2023 (Sabtu) |
| Masa | : 10.00 pagi – 12.00 tengahari |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Tujuan kelas adalah untuk berkongsi ilmu dengan komuniti berkaitan dunia siber, untuk mengenali komponen-komponen komputer yang penting, kegunaan komputer, kebaikan dan keburukan internet serta memberi pendedahan kepada komuniti tentang jenayah siber yang sering terjadi dan cara untuk menanganinya. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 10 orang peserta yang merangkumi pelajar sekolah rendah dan menengah telah menyertai kelas ini. Mereka diberikan penerangan tentang apa itu komputer, internet, komponen penting komputer, kegunaaan internet/komputer, serta jenayah siber di kalangan kanak-kanak dan remaja. Di penghujung kelas, mereka diberikan kuiz berkaitan dengan topik yang diterangkan untuk menguji tahap pemahaman mereka. |
|
| Aktiviti | : Hari Keusahawanan Kampung Siasai Tamu |
| Tarikh | : 22 Julai 2023 (Sabtu) |
| Masa | : 8.00 pagi – 12.30 tengahari |
| Lokasi | : Surau Kampung Siasai Tamu, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Tujuan program ialah untuk berkongsi ilmu dengan usahawan dan komuniti kampung berkaitan perniagaan online seperti Shopee. Selain untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan komuniti, pihak PEDi juga memberikan sedikit pencerahan mengenai fungsi PEDi dan Rakan Digital PEDi kepada mereka. Advokasi Klik Dengan Bijak juga turut disertakan dalam perogram ini dan usahawan juga diberikan peluang untuk membuka gerai jualan semasa program. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 51 orang peserta telah mengikuti program ini. Mereka diberikan peluang untuk membuka gerai jualan, diberi advokasi berkaitan Klik Dengan Bijak (isu scammer), Kelas Pengenalan Shopee, Kuiz KDB dan Cabutan Bertuah di penghujung program. |
|
| Aktiviti | : Aktiviti Ulangkaji Bahasa Melayu |
| Tarikh | : 16 Julai 2023 (Ahad) |
| Masa | : 9.30 pagi – 10.30 pagi |
| Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Bagi memperkukuhkan lagi pemahaman para pelajar sekolah tentang penggunaan penjodoh bilangan Bahasa Melayu. |
|
| Aktiviti |
|
|
5 orang peserta telah menyertai aktiviti ini. Mereka diberikan ujian secara bertulis untuk menguji tahap pemahaman mereka berkaitan penjodoh bilangan Bahasa Melayu. Peserta diberi masa untuk berbincang dan di akhir aktiviti mereka diberi sedikit penerangan tentang penggunaan penjodoh bilangan dengan betul. |
|
| Aktiviti | : Kelas Grafik Canva (Video) 2 |
| Tarikh | : 15 Julai 2023 (Sabtu) |
| Masa | : 10.00 pagi – 11.00 pagi |
| Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara-cara menyunting video melalui aplikasi canva. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 3 orang peserta yang mengikuti kelas ini. Mereka diberikan tunjuk ajar langkah demi langkah untuk memuat turun gambar, memuatnaik gambar, menyunting video serta cara memasukkan audio di dalam video agar lebih menarik. |
|
| Aktiviti | : Kelas Grafik Canva (Video) |
| Tarikh | : 1 Julai 2023 (Sabtu) |
| Masa | : 10.00 pagi – 11.00 pagi |
| Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara-cara menyunting video melalui aplikasi canva. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 3 orang peserta yang mengikuti kelas ini. Mereka diberikan tunjuk ajar langkah demi langkah untuk memuat turun gambar, memuatnaik gambar, menyunting video serta cara memasukkan audio di dalam video agar lebih menarik. |
|
JUN 2023
| Aktiviti | : Meet & Greet Bersama Cikgu Lina (Kelas Roti) |
| Tarikh | : 19 Jun 2023 (Isnin) |
| Masa | : 9.00 pagi – 1.00 petang |
| Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Untuk berkongsi ilmu dengan komuniti yang bergelar usahawan dan suri rumah yang berminat dalam bidang pembuatan roti bagi meningkatkan lagi kemahiran mereka (softskill). Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan (bonding) bersama komuniti setempat. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 8 orang ahli PEDi telah menyertai program ini. Mereka diberikan demo serta teknik yang betul untuk menyediakan bahan-bahan dan menguli adunan untuk menghasilkan roti yang lembut. Mereka juga diberikan sedikit advokasi bagaimana untuk menjana pendapatan dan ciri-ciri yang perlu ada dalam diri usahawan oleh Cikgu Lina. |
|
| Aktiviti | : Kelas ICT (Search dan Download Gambar di Internet) |
| Tarikh | : 8 Jun 2023 (Khamis) |
| Masa | : 2.30 petang – 3.30 petang |
| Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Untuk memberi pembelajaran kepada pelajar cara mencari dan memuat turun gambar menggunakan Google. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 7 orang ahli PEDi telah menyertai aktiviti ini. Mereka diberikan tunjuk ajar langkah-langkah untuk mencari gambar di Google dan memuat turun gambar. |
|
| Aktiviti | : Kelas ICT (Pengenalan Komponen Asas Komputer) |
| Tarikh | : 6 Jun 2023 (Selasa) |
| Masa | : 2.30 petang – 3.30 petang |
| Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pembelajaran kepada ahli PEDi berkaitan komponen asas komputer. Selain itu, mereka juga diajar cara untuk menaip menggunakan aplikasi Microsoft Word dan memuat turun gambar melalui internet. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 4 orang ahli PEDi telah menyertai aktiviti ini. Mereka diberikan pendedahan tentang komponen-komponen asas komputer. Selepas itu, mereka diberikan latihan untuk menyenaraikan semula komponen komputer yang mereka sudah tahu dengan menaip nama, fungsi dan memuatnaik gambar komponen tersebut. |
|
{gallery}2023jun _elearning{/gallery}
| Aktiviti | : Advokasi Klik Dengan Bijak & Ujian Menulis / Mengeja |
| Tarikh | : 4 Jun 2023 |
| Masa | : 10.00 pagi – 11.00 pagi & 2.00 petang – 3.00 petang |
| Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan kepada komuniti-komuniti cilik tentang jenis-jenis jenayah siber serta cara untuk mengelak dan mengatasinya. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 7 orang telah mnyertai aktiviti ini. Mereka diberikan sedikit taklimat tentang jenayah siber, punca-puncanya, ciri serta cara untuk mengelak dan menghadapi jenayah siber. Selain itu, mereka juga menyertai aktiviti ujian menulis di mana untuk menguji kefahaman dan kemampuan membaca mereka. |
|
MEI 2023
| Aktiviti | : Pertandingan Menaip Sinopsis Sempena Bulan Kempen Jom Membaca |
| Tarikh | : 27 Mei 2023 |
| Masa | : 10.00 pagi – 12.30 tengahari & 2.00 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Program ini bertujuan bagi mengisi masa lapang para pelajar sepanjang cuti persekolahan. Ianya juga bertujuan untuk memupuk budaya membaca di dalam diri mereka dan untuk menguji tahap kefahaman mereka melalui pembacaan, cara mengolah ayat sendiri, dan untuk menguji tahap ketangkasan mereka menaip sesebuah artikel pendek (sinopsis). |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 13 orang pelajar yang berumur di antara 9 tahun hingga 13 tahun bersemangat menyertai program ini. Mereka diberikan buku cerita ringkas untuk mereka baca dan fahamkan selama 30 minit. Seterusnya, staff memberi sedikit taklimat tentang cara-cara mengarang sinopsis beserta syarat-syaratnya. Kemudian, peserta diberi masa selama 1 jam untuk melengkapkan sinopsis mereka. |
|
| Aktiviti | : Advokasi Klik Dengan Bijak (Kenali Jenis Jenayah siber) |
| Tarikh | : 21 Mei 2023 |
| Masa | : 3.00 petang – 4.00 petang |
| Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini bertujuan bagi mengisi masa lapang para pelajar sepanjang cuti persekolahan di samping untuk mendedahkan kepada mereka jenis- jenis jenayah siber yang sering terjadi hari ini dan cara-cara untuk mengatasinya. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 6 orang ahli yang menyertai aktiviti ini. Mereka diberikan penerangan tentang jenayah siber dan diberi masa untuk bersoal jawab untuk memastikan mereka faham apa yang disampaikan. |
|
| Aktiviti | : Hari Raya Bersama Ahli PEDi dan PD Kg Pantai Emas |
| Tarikh | : 20 Mei 2023 |
| Masa | : 11.00 pagi – 1.00 petang |
| Lokasi | : Perpustakaan Desa Kg Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Program ini diadakan bertujuan untuk meraihkan komuniti yang telah mendaftarkan diri sebagai ahli PEDi dan Perpustakaan Desa Kg Pantai Emas. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama staff dan komuniti di bulan Syawal (hari raya) |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 80 orang telah menghadiri program tersebut termasuklah anak-anak dan ibubapa. Program dimulakan dengan ucapan ringkas dari tuan rumah iaitu Perpustakaan Desa Kg Pantai Emas dan seterusnya bacaan doa ringkas. Para hadirin dijamu dengan ‘potluck’ makanan yang dihidang dari rumah masing-masing. Seterusnya diadakan aktiviti santai seperti Kuiz sambil cabut angpau raya, Reka sampul duit raya, bergambar photobooth dan nyanyian lagu raya. Akhir sekali, mengambil gambar kenangan bersama ahli-ahli PEDi dan PD. |
|
APRIL 2023
| Aktiviti | : Reka Kad Hari Raya (Canva) |
| Tarikh | : 25 April 2023 |
| Masa | : 3.00 petang – 4.00 petang |
| Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ini juga diadakan secara santai bagi menarik minat para peserta untuk mempelajari cara menyunting kad hari raya menggunakan aplikasi Canva. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 8 orang peserta yang mengikuti aktiviti ringkas ini. Mereka diberikan tutorial cara membuka aplikasi Canva dan seterusnya diberikan contoh cara membuat kad raya yang menarik. Kemudian diberi masa untuk menyunting kad tersebut mengikut citarasa dan kreativiti anak-anak ini. |
|
| Aktiviti | : Kelas Menaip Artikel Pendek dan Memuatnaik Gambar |
| Tarikh | : 17 April 2023 |
| Masa | : 2.30 petang – 4.00 petang |
| Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas ini dijalankan secara santai bagi menarik minat para ahli untuk mempelajari sesuatu yang baru berkaitan ICT Microsoft Word, mengajar cara-cara menaip di aplikasi Word dan cara memuatnaik gambar dari Google. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 6 orang peserta telah menyertai kelas ini. Mereka diajar serba sedikit cara-cara menaip dengan betul, cara mengubah saiz dan font taipan serta cara memuatnaik gambar dari Google. |
|
| Aktiviti | : Tadarus Surah-Surah Pendek sempena Nuzul Al-Quran |
| Tarikh | : 14 April 2023 |
| Masa | : 3.00 petang – 4 petang |
| Lokasi | : Perpustakaan Desa Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Program ini bertujuan untuk memperingatkan akan sejarah Al-Quran diturunkan iaitu pada hari Nuzul Al-Quran (17 Ramadhan) serta untuk menerapkan budaya mencintai Al-Quran di kalangan peserta yang mengikuti program. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 10 orang peserta telah menyertai program Tadarus Surah Pendek ini. Program dimulakan dengan penceritaan tentang sejarah bagaimana dan bila Al-Quran diturunkan. Selain itu, diadakan juga sesi soal jawab agar peserta lebih memahami apa yang disampaikan. Seterusnya, peserta dibawa untuk membaca beberapa surah pendek dengan betul dan lancar. |
|
MAC 2023
| Aktiviti | : Kelas Asas Shopee |
| Tarikh | : 18 Mac 2023 |
| Masa | : 9 pagi- 12 tengahari |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas Asas Shopee ini bertujuan untuk memberikan tunjuk ajar tentang asas aplikasi Shopee kepada komuniti terutama di kalangan usahawan dan lepasan-lepasan sekolah. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 4 orang usahawan dan remaja lepasan sekolah telah menyertai kelas ini. Mereka diberikan sedikit taklimat tentang pengenalan PEDi dan Rakan Digital PEDi. Seterusnya, diberikan tunjuk ajar secara praktikal cara mengurus akaun Shopee, cara memuatnaikkan gambar di aplikasi ini. Selain itu, mereka juga diberikan demo cara mengambil gambar produk dengan menggunakan Product Photo Box. |
|
| Aktiviti | : Program Kembali Ke Sekolah |
| Tarikh | : 16 Mac 2023 |
| Masa | : 9 pagi- 2 petang |
| Lokasi | : SSK Centre, Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Pameran PEDi di Program Kembali Ke Sekolah di SSK Centre bertujuan untuk memperkenalkan PEDi kepada orang ramai, serta untuk menwar-warkan tentang kepentingan dan fungsi PEDi kepada komuniti. Di samping itu, untuk mengeratkan lagi hubungan sesama staff PEDi di seluruh Kota Belud memandangkan ianya adalah aktiviti kluster. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 35 pengunjung yang melawati booth PEDi Kluster Kota Belud. Mereka diberikan penerangan tentang apa itu Pusat ekonomi Digital (PEDi). Seterusnya mereka diberikan peluang untuk bermain permainan kuiz ringkas dan setiap pengunjung diberikan hadiah (goodies) sebagai kenangan. |
|
| Aktiviti | : Kelas Asas ICT Microsoft Word |
| Tarikh | : 9 & 10 Mac 2023 |
| Masa | : 9.30 pagi-11.30 pagi |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas Asas ICT Microsoft Word bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para peserta dalam menggunakan aplikasi Microsoft Word, di samping untuk mengenali sebahagaian asas-asas ICT, komponen komputer serta toolbar yang ada dalam aplikasi. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 14 orang peserta yang menghadiri kelas ini. Mereka diberikan penerangan tentang Komponen Asas komputer dan seterusnya diberikan demo tentang cara menggunakan toolbar yang ada di dalam aplikasi Microsoft Word. Setelah itu mereka diberikan latihan menaip, membina carta organisasi dan jadual ringkas. |
|
FEBRUARI 2023
| Aktiviti | : Kelas ICT Teknik dan Format Surat Kiriman Rasmi |
| Tarikh | : 24 Februari 2023 |
| Masa | : 9 pagi-11pagi |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas ICT Belajar Teknik dan Format Surat Kiriman Rasmi ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada warga komuniti tentang teknik dan format yang betul ketika membuat surat kiriman rasmi. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 10 orang peserta mengikuti kelas ICT ini. Mereka diberikan penjelasan tentang ciri-ciri surat kiriman rasmi, format yang betul serta contoh surat kiriman rasmi yang biasa digunakan. Setelah itu, mereka diberikan latihan dengan memberi situasi untuk mereka menaip surat kiriman rasmi selengkapnya. |
|
| Aktiviti | : Aktiviti Ujian Menaip TypingTest |
| Tarikh | : 20 Februari 2023 |
| Masa | : 10am-10.30 am/3pm-3.30pm |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Aktiviti ujian Menaip TypingTest ini bertujuan untuk menguji kemahiran dan kepantasan para peserta menaip menggunakan aplikasi TypingTest dan FastFingers. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 10 orang peserta mengikuti aktiviti ini. Aktiviti ini sebagai aktiviti selingan mereka sambil melayari internet. |
|
| Aktiviti | : Explorace PEDi Kluster Kota Belud (Mental Health Awareness) |
| Tarikh | : 11 Februari 2023 |
| Masa | : 7.00 pagi – 12.00 tengahari |
| Lokasi | : PEDi pekan Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Program Explorace PEDi ini merupakan program yang berbentuk variasi dan inklusif yang bertemakan Healthy2023. Ianya membawa konsep kesihatan mental dan fizikal di mana aktiviti nya merangkumi sesi perkongsian Advokasi Klik Dengan Bijak (Cyber Grooming), Explorace, Sesi perkongsian (Mental Health Awareness Talk) dan sesi pemeriksaan mata percuma. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang muda tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dan fizikal serta untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara staff-staff PEDi dalam mengendalika program ini dengan baik dan berkesan. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 70 orang pelajar serta belia telah turut serta dalam program Explorace dan Talk ini dan kebanyakan merupakan pelajar sekolah menengah sekitar Kota Belud. Program ini bermula seawal 6.30 (pendaftaran dan sarapan). Seterusnya diikuti dengan sesi perkongsian Klik Dengan Bijak (Cyber Grooming) yang disampaikan oleh staff PEDi. Jam 8.00 pagi, aktiviti Explorace dimulakan dan kebanyakan checkpoint adalah merupakan tempat yang menarik dan mercu tanda di sekitar Pekan Kota Belud. Selesai Explorace, sesi perkongsian diteruskan dengan perkongsian tentang Mental Health Awareness dari Encik Mohd Syafiq Bin Jestar juga merupakan kaunselor terbaik di Kota Belud. Seterusnya, sesi penyampaian hadiah kepada pemenang Explorace dan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan perasmi. Program ini juga telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Syarulnizam Bin Mohd Salleh iaitu Pengerusi SSK Centre Kota Belud. |
|
JANUARI 2023
| Aktiviti | : Kelas Asas Canva (Refresfhment) |
| Tarikh | : 29 Januari 2023 |
| Masa | : 9.30 pagi – 11.30 pagi |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas Asas Canva (refreshmet) ini bertujuan untuk mengulangkaji pembelajaran cara menggunakan Canva seperti tahun lepas. Peserta diajar cara membuat akaun sendiri agar mudah bagi mereka mengakses aplikasi ini walau di mana mereka berada dan pada bila-bila masa. Selain itu, memberi tunjuk ajar cara-cara memnyunting logo dan poster supaya keihatan lebih menarik. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 4 orang peserta yang menyertai kelas ini. Mereka diberikan tunjuk ajar langkah-langkah untuk membuka akaun Canva dan seterusnya menerangkan fungsi-fungsi yang ada di dalam aplikasi canva. Setelah itu, mereka juga diberikan latihan secara praktikal untuk mereka logo dan poster produk mereka sendiri. |
|
| Aktiviti | : Bengkel Asas Pemasaran Digital (Whatsapp Business) |
| Tarikh | : 17 Januari 2023 |
| Masa | : 2.00 petang – 5.00 petang |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada komuniti terutama yang bergelar usahawan tentang cara-cara menggunakan aplikasi WhatsApp Business dengan betul, cara memuatnaikkkan gambar-gambar produk, cara mengemaskini deskripsi produk dan sebagainya. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 7 orang peserta telah menghadiri program ini. Tenaga pengajar memberi penjelasan mengenai pemasaran dan perniagaan. Selain itu, beliau juga menjelaskan tentang apa itu Whatsapp Business dan cara menggunakannya. Setelah itu, semua peserta diberikan masa untuk mempraktikkan penggunaan WhatsApp Business hingga mereka benar-benar faham. |
|
DISEMBER 2022
| Aktiviti | : Demo Masakan Pantas dan Sihat |
| Tarikh | : 27 Disember 2022 |
| Masa | : 2.40 petang – 5.00 petang |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Aktiviti Demo Masakan Pantas dan Sihat menggunakan peralatan atau gajet Amway ini bertujuan untuk menyebarkan kepada penduduk kampung terutamanya golongan surirumah tentang kelebihan dan manfaat produk-produk yang dikeluarkan oleh Amway. Selain peralatan elektronik, Amway juga mempromosikan produk-produk seperti barang keperluan harian. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 15 orang peserta menyertai aktiviti ini. Demo masakan ini dilakukan oleh ejen-ejen Amway. Selain berkongsi manfaat dan cara-cara penggunaan gajet, mereka juga mempromosi produk-produk Amway kepada yang berminat. Dan yang menariknya, di hujung aktiviti peserta yang bertuah akan mendapat hadiah cabutan bertuah berupa produk viral Amway. |
|
| Aktiviti | : Kelas Menaip Artikel & Pertandingan Speedtyping |
| Tarikh | : 16 Disember 2022 |
| Masa | : 9.30 pagi – 11.30 pagi & 2.40 petang – 4.40 petang |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas Menaip Artikel dan Pertandingan Menaip Terpantas ini diadakan bertujuan untuk refresh kembali apa yang telah dipelajari sepanjang tahun ini, yang berkaitan dengan aplikasi Microsoft Word. Setelah memberi sedikit demo menaip, peserta diberikan tugasan untuk menaip semula contoh artikel yang diberi dan ianya bertujuan untuk menguji tahap kecekapan dan kreativiti mereka sewaktu menaip artikel. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 20 orang peserta telah menyertai kelas dan pertandingan ini. Mereka diberikan sedikit penjelasan tentang fungsi-fungsi tabs di aplikasi Word, seterusnya diberikan demo menaip secara ringkas. Setelah itu, mereka diberikan tugasan untuk menaip semula artikel dengan kemas, kreatif dan pantas. Yang memenuhi kriteria tersebut akan memenangi pertandingan Speedtyping. Peserta dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu Slot 1 adalah kategori pelajar menengah dan ke atas, manakala Slot 2 ialah kategori kanak-kanak yang bangku sekolah rendah. |
|
NOVEMBER 2022
| Aktiviti | : Kelas Asas Canva |
| Tarikh | : 25 – 27 November 2022 |
| Masa | : 2.30 petang – 4 .30 petang |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas Asas Canva diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara untuk mereka logo dan poster dengan ringkas dan menarik. Ia juga bertujuan untuk mengajar para peserta untuk mereka logo bisnes. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 15 orang peserta telah menyertai kelas asas Canva. Mereka diberikan contoh logo dan poster di hadapan dan diberi tugas untuk mereka logo sesebuah bisnes dan poster aktiviti kelas. |
|
| Aktiviti | : Advokasi Klik Dengan Bijak Bersama SEMTASI |
| Tarikh | : 9 November 2022 |
| Masa | : 9.00 pagi – 12.00 tengahari |
| Lokasi | : SMK Taun Gusi (SEMTASI), Kota Belud |
| Tujuan | |
|
Program ini diadakan bagi berkongsi pendapat dan pengetahuan mengenai cara menggunakan internet dan gajet dengan baik serta memberi nasihat tentang cara-cara untuk mengelak jenayah yang sering berlaku di alam maya. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 100 peserta yang mengikuti program Klik Dengan Bijak ini. Mereka diberikan taklimat oleh staff-staff PEDi Kluster Kota Belud mengenai cara menggunakan siber dengan betul. Selain itu mereka juga adakan beberapa aktiviti yang menarik seperti sesi soal jawab dan permainan. Peserta yang berjaya menjawab soalan berkaitan KDB dengan betul akan diberikan hadiah menarik. |
|
| Aktiviti | : Kelas Asas ICT Powerpoint |
| Tarikh | : 5 November 2022 |
| Masa | : 9.30 pagi – 11.30 pagi |
| Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas Asas ICT Powerpoint ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para komuniti tentang cara membuat persembahan slide menggunakan aplikasi Powerpoint. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 9 orang peserta telah menyertai Kelas Asas ICT Powerpoint. Tenaga pengajar yang juga merupakan staff di PEDi telah memberi contoh cara membuat slide kepada para peserta serta memberi contoh cara membuat pembentangan hasil kerja di hadapan peserta yang lain.
|
|
OKTOBER 2022
| Aktiviti | : Pertandingan Hafazan Al-Quran Kanak-kanak |
| Tarikh | : 15 Oktober 2022 |
| Masa | : 2.30 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : Perpustakaan Desa Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Aktiviti pertandingan Hafazan Al-Quran ini diadakan sebagai aktiviti gabungan antara PEDi Kg Pantai Emas dan Perpustakaan Desa Kg Pantai Emas. Ianya juga bertujuan untuk melatih para peserta agar mendekati kitab al-Quran dengan menghafaz dan membaca surah-pendek dengan betul di samping untuk menguji cara mereka membaca surah-surah pendek tertentu. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 8 orang peserta telah menyertai Pertandingan Hafazan ini. Seorang pengadil telah dilantik untuk menilai bacaan para peserta. Setiap peserta akan memilih satu surah pendek untuk dibacakan di hadapan pengadil. Pengadil akan menilai bacaan mereka dari segi suara, tajwid, tarranum dan kelancaran. Aktiviti berjalan dengan santai dan lancar. |
|
| Aktiviti | : Kuiz Kahoot Maulidur Rasul Tahap 2 (Dewasa) |
| Tarikh | : 15 Oktober 2022 |
| Masa | : 9.30 pagi – 10.30 pagi |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Aktiviti pertandingan kuiz ini diadakan bertujuan untuk mengisi masa lapang warga komuniti terutama ahli PEDi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memupuk warga komuniti yang berusia 18 tahun ke atas untuk mempelajari ilmu berkaitan sirah nabi sempena hari Maulidur Rasul dan untuk menguji tahap kecekapan mereka dalam menjawab soalan kuiz. |
|
| Aktiviti |
|
|
Seramai 5 orang peserta telah menyertai pertandingan kuiz Maulidur Rasul dan aktiviti ini dilakukan secara santai. Masing-masing diberikan soalan yang sama melalui aplikasi Kahoot dan diuji dari segi kepantasan masa untuk menjawab soalan dengan betul. Tiga orang peserta telah memenangi tempat ketiga hingga pertama dan selebihnya mendapat saguhati sebagai penghargaan menyertai aktiviti tersebut. |
|
| Aktiviti | : Kuiz Kahoot Maulidur Rasul Tahap 1 (Pelajar/Kanak2) |
| Tarikh | : 7 Oktober 2022 |
| Masa | : 2.30 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Aktiviti pertandingan kuiz ini diadakan bertujuan untuk mengisi masa lapang para pelajar terutama ahli PEDi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memupuk para pelajar untuk mempelajari ilmu berkaitan sirah nabi sempena hari Maulidur Rasul dan untuk menguji tahap kecekapan para pelajar dalam menjawab soalan kuiz. |
|
| Aktiviti T | |
|
Seramai 10 orang peserta telah menyertai pertandingan kuiz Maulidur Rasul dan aktiviti ini dilakukan secara santai. Masing-masing diberikan soalan yang sama melalui aplikasi Kahoot dan diuji dari segi kepantasan masa untuk menjawab soalan dengan betul. Tiga orang peserta telah memenangi tempat ketiga hingga pertama dan selebihnya mendapat saguhati sebagai penghargaan menyertai aktiviti tersebut. |
|
SEPTEMBER 2022
| Aktiviti | : Kelas ICT PowerPoint (Komponen Asas Komputer & KDB) |
| Tarikh | : 17 September 2022 |
| Masa | : 9.00 pagi – 11.00 pagi & 2.30 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Tujuan kelas diadakan untuk melatih para peserta cara untuk membuka Powerpoint, cara untuk membuat slide, cara untuk menyimpan hasil kerja dan membentang hasil kerja di hadapan peserta yang lain. Selain itu, kelas juga diselitkan dengan pengenalan komponen asas komputer dan advokasi Klik Dengan Bijak. |
|
| Aktiviti | |
|
Peserta diberi sedikit taklimat apa itu Powerpoint dan diberi demonstrasi cara untuk membuka PowerPoint dan cara untuk membuat slide. Peserta juga diberi latihan untuk membuat slide mengikut citarasa masing-masing seterusnya membentang hasil kerja mereka. Mereka juga diberi sedikit taklimat tentang komponen asas komputer yang harus mereka kenali dan Advokasi Klik Dengan Bijak. |
|
| Aktiviti | : Kelas E-Tuisyen Subjek Sains Tahun 5 |
| Tarikh | : 4, 11, 18 & 25 September 2022 |
| Masa | : 9.30 pagi – 10.30 pagi |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas diadakan sebagai inisiatif untuk membantu para pelajar sekolah untuk mengulangkaji pelajaran yang sukar bagi mereka. Peserta dilatih oleh tenaga pengajar yang terlatih melalui kelas online Zoom Meeting. |
|
| Aktiviti | |
|
Peserta diberi jadual kelas sekali setiap minggu. Peserta juga diberi modul latihan dan pengajaran melalui online. |
|
| Aktiviti | : Aktiviti Melukis Poster Sempena Hari Malaysia |
| Tarikh | : 11 September 2022 |
| Masa | : 2.30 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Aktiviti diadakan sebagai aktiviti pengisian ahli-ahli PEDi bersempena dengan cuti sekolah serta untuk menyambut Hari Malaysia. Aktiviti ini juga diadakan untuk mencungkil bakat-bakat peserta dan meningkatkan tahap kreativiti mereka. |
|
| Aktiviti | |
|
Peserta diberi pilihan untuk melukis logo yang berkaitan dengan negara Malaysia, seterusnya mewarnai logo. |
|
OGOS 2022
| Aktiviti | : Hari Bersama Komuniti PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tarikh | : 20 Ogos 2022 |
| Masa | : 8.00 pagi – 1.00 petang |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Program ini diadakan bagi memperkenalkan PEDi kepada warga komuniti di samping untuk mengeratkan lagi hubungan di antara staff PEDi, agensi-agensi, para usahawan dan komuniti Kampung Pantai Emas. Selain itu, program ini juga diadakan bagi mempromosikan lagi perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di PEDi. |
|
| Aktiviti | |
|
Hari Bersama Komuniti PEDi ini telah dikunjungi oleh seramai 300 orang pengunjung. Terdapat pelbagai aktiviti seperti taklimat dari agensi-agensi seperti KWSP, MCMC, TEKUN, Klinik Kesihatan Sabah, Perpustakaan Sabah dan sebagainya. Terdapat juga aktiviti seperti Kelas Mini Digital Business dan Cabutan Bertuah secara online. Program ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Haji Yakub Khan selaku Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dan para barisan VIP yang lain. Semua pemenang-pemenang yang pernah menyertai pertandingan sukaneka dan pertandingan ICT pada 13 Ogos lepas telah menerima hadiah sewaktu acara penyampaian hadiah kepada pemenang. |
|
| Aktiviti | : “FUNDAY” Pertandingan ICT Gabungan PEDi dan Perpustakaan Desa Kg Pantai Emas |
| Tarikh | : 13 Ogos 2022 |
| Masa | : 2.30 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : PEDi Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Aktiviti Pertandingan ICT dengan komuniti (“FunDay”) ini merupakan program gabungan antara PEDi dan PD Kampung Pantai Emas juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan ukhuwah di antara staff PEDi dan PD dengan warga komuniti dengan mengadakan pertandingan yang menarik. |
|
| Aktiviti | |
|
|
| Aktiviti | : “FUNDAY” Sukaneka Gabungan PEDi dan Perpustakaan Desa Kg Pantai Emas |
| Tarikh | : 13 Ogos 2022 |
| Masa | : 7.30 pagi – 11.30 pagi |
| Lokasi | : Perpustakaan Desa Kampung Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Aktiviti Sukaneka dengan komuniti (“FunDay”) ini merupakan program gabungan antara PEDi dan PD Kampung Pantai Emas juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan ukhuwah di antara staff PEDi dan PD dengan warga komuniti dengan mengadakan permainan dan aktiviti yang menarik. |
|
| Aktiviti | |
|
|
| Aktiviti | : Kelas Asas ICT Menaip (Buat Karangan & Carta) |
| Tarikh | : 11 Ogos 2022 |
| Masa | : 2.30 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : PEDi Kg. Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas Asas ICT Menaip membuat karangan dan carta ini diadakan untuk mengajar para peserta yang terdiri dari kalangan pelajar sekolah Menengah cara-cara menaip karangan dengan kemas dan membuat carta keluarga dengan betul. |
|
| Aktiviti | |
|
|
| Aktiviti | : Kelas Asas Usahawan |
| Tarikh | : 1 & 2 Ogos 2022 |
| Masa | : 9.00 pagi – 11.00 pagi |
| Lokasi | : PEDi Kg. Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas Asas Usahawan ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada komuniti yang bergelar usahawan tentang kepentingan Media sosial di dalam bidang perniagaan dan cara-cara untuk mengendalikannya dengan betul. |
|
| Aktiviti | |
|
|
JULAI 2022
| Aktiviti | : Kelas Canva (Membuat Logo dan Kad) |
| Tarikh | : 8 Julai 2022 |
| Masa | : 2.30 pagi – 4.30 petang |
| Lokasi | : PEDi Kg. Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas Asas Canva diadakan bagi tujuan untuk mengajar peserta tentang apa itu Canva, tujuan menggunakannya dan cara untuk menyunting logo dan gambar menggunakan aplikasi ini. |
|
| Aktiviti | |
|
|
| Aktiviti | : Kelas Asas ICT (Komponen Komputer, Menaip) |
| Tarikh | : 4 Julai 2022, 12 Julai 2022 & 16 Julai 2022 |
| Masa | : 2.30 pagi – 4.30 petang |
| Lokasi | : PEDi Kg. Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas Asas ICT (Komponen Komputer dan Menaip) bertujuan untuk memperkenalkan kepada komuniti tentang komponen-komponen asas komputer juga fungsinya serta untuk melatih komuniti cara menaip, memasukkan gambar, membuat carta dan mebuat jadual menggunakan aplikasi Word. |
|
| Aktiviti | |
|
|
|
Aktiviti |
: Kursus Asas Pembangunan Laman Web E-Jualan |
| Tarikh | : 23 Jun 2022 – 24 Jun 2022 |
| Masa | : 9.00 pagi – 5.00 petang |
| Lokasi | : PEDi Kg. Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kursus ini dijalankan dengan objektif untuk membantu komuniti menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam membangunkan laman web e-jualan seperti penggunaan Shopee dan Blog terutama bagi usahawan. |
|
| Aktiviti | |
|
|
JUN 2022
| Aktiviti | : Kelas Asas Canva |
| Tarikh | : 17 Jun 2022 |
| Masa | : 2.30 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : PEDi Kg. Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas ini diadakan untuk mendedahkan komuniti yang berumur di antara 9 tahun hingga 13 tahun tentang apa itu aplikasi Canva dan cara-cara bagaimana untuk menggunakannya dengan betul. |
|
| Aktiviti | |
|
|
| Aktiviti | : Kelas Asas ICT (Word) |
| Tarikh | : 9 Jun 2022 |
| Masa | : 2.30 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : PEDi Kg. Pantai Emas |
| Tujuan | |
|
Kelas ini diadakan untuk melatih komuniti yang berumur di antara 9 tahun hingga 13 tahun tentang cara-cara menaip dan caraa menggunakan Microsoft Word dengan baik. Di samping itu, PEDi juga berkolaborasi dengan Perpustakaan Desa Kg Pantai Emas dengan menggalakkan komuniti membaca buku untuk dibaca sambil menaip bacaan mereka menggunakan Word. |
|
| Aktiviti | |
|
|
| Aktiviti | : Taklimat Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar |
| Tarikh | : 4 Jun 2022 |
| Masa | : 8.30 pagi – 10.30 pagi |
| Lokasi | : PEDi Kg. Pantai Emas |
| Peserta | : 10 orang |
| Tujuan | |
|
Taklimat ini dihadiri seramai 10 orang pelajar SK Peladok. Program kesedaran ini mendedahkan tentang pentingnya Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar dan dianjurkan oleh pelajar UMS dan SK Peladok. PEDi Kg Pantai Emas berkolaborasi dengan SK Peladok dengan menyediakan peralatan untuk melayari internet kerana sesetengah pelajar sukar mengakses internet dari rumah. |
|
| Aktiviti | |
|
|
MEI 2022
| Aktiviti | : Kelas ICT Microsoft Word |
| Tarikh | : 12 Mei 2022 |
| Masa | : 2.30 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : PEDi Kg. Pantai Emas |
| Peserta | : 10 orang |
| Tujuan | |
|
Kelas ini dihadiri seramai 10 orang peserta. Tujuan kelas ini diadakan untuk memperkenalkan kepada para peserta tentang apa itu aplikasi Microsoft Word. Selain itu, mereka juga diajar tentang langkah-langkah untuk membuka aplikasi, cara-cara menaip, cara untuk meletakkan gambar ke dalam Word dan cara untuk menyimpan hasil kerja mereka. |
|
| Aktiviti | |
|
|
| Aktiviti | : Kelas Asas Komponen Komputer |
| Tarikh | : 9 Mei 2022 |
| Masa | : 2.30 petang – 4.00 petang |
| Lokasi | : PEDi Kg. Pantai Emas |
| Peserta | : 8 orang |
| Tujuan | |
|
Kelas ini dihadiri seramai 8 orang peserta. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada para peserta bahagian komponen komputer yang asas, kegunaan komputer dan cara menggunkan komputer dengan betul. Selain itu, diadakan juga aktiviti ringan seperti sesi soal jawab untuk menguji kefahaman para peserta dalam mengenali komponen asas komputer beserta fungsinya. |
|
| Aktiviti | |
|
|
APRIL 2022
| Aktiviti | : Kelas Menaip (Word) |
| Tarikh | : 6 April 2022 |
| Masa | : 2.00 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : PEDi Kg. Pantai Emas |
| Peserta | : 4 orang |
| Tujuan | |
|
Kelas ini dihadiri seramai 4 orang peserta. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk belajar typing menggunakan Microsoft Office Word |
|
| Aktiviti | |
|
|
| Aktiviti | : Kelas Komponen Asas Komputer |
| Tarikh | : 7 April 2022 |
| Masa | : 2.00 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : PEDi Kg. Pantai Emas |
| Peserta | : 4 orang |
| Tujuan | |
|
Kelas ini dihadiri seramai 4 orang peserta. Tujuan kelas diadakan adalah untuk mendedahkan para peserta kepada komponen-komponen asas komputer yang harus mereka tahu. |
|
| Aktiviti | |
|
|
| Aktiviti | : Program Jom Membaca |
| Tarikh | : 21 April 2022 |
| Masa | : 2.00 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | : PEDi Kg. Pantai Emas |
| Peserta | : 10 orang |
| Tujuan | |
|
Program Jom Membaca untuk 10 minit. Dihadiri oleh seramai 10 orang pelajar untuk menyertai program Jom Membaca di PEDi, gabungan program dengan Perpustakaan Desa Kg Pantai Emas. |
|
| Aktiviti | |
|
|
















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































