mcmc
Laporan Aktiviti

KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI

4 OGOS – 6 OGOS 2025 (ISNIN – RABU)
HOTEL 7 SURIA SABAH, KOTA KINABALU, SABAH
TUJUAN

Program 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme serta meningkatkan kesedaran peserta terhadap tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Melalui kursus ini, peserta didedahkan dengan nilai, prinsip dan gagasan Malaysia Madani yang menekankan aspek kemanusiaan, keadilan sosial, kelestarian, dan kesejahteraan sejagat.
AKTIVITI

Antara aktiviti pengisian sepanjang program ialah sesi Ice breaking di mana para peserta berkenalan dengan para penceramah sepanjang program. Selain itu, sesi ceramah dan taklimat yang disampaikan oleh penceramah berpengalaman mengenai gagasan Malaysia Madani, sejarah pembinaan negara, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, serta kepentingan perpaduan dalam masyarakat majmuk. Peserta turut menjalani perbincangan kumpulan (LDK) yang memberi peluang untuk berkongsi pandangan, mengemukakan idea dan mengukuhkan semangat kerjasama.