mcmc
Keusahawanan di Kampung Pantai Emas

Keusahawanan di Kampung Pantai Emas

IMG20220617092717-2080x1560

 

 

     UMIRA HOUSE FOOD
 
   Puan Rosita Binti Saiman merupakan salah seorang usahawan yang cekal menjalankan perniagaannya selama belasan tahun di kampung ini. Beliau merupakan pengeluar produk yang agak terkenal di sini iaitu sambal liking. Selain sambal liking, beliau juga mengeluarkan produk makanan hasil laut yang lain seperti Belacan kasturi, belacan bakar, pes nasi goreng, pes soto dan sebagainya. Puan Rosita juga merupakan ahli NADI Kampung Pantai Emas dan pernah beberapa kali telah melibatkan diri di dalam program atau kelas usahawan yang telah dianjurkan di NADI. Biarpun beliau sudah berniaga selama belasan tahun, namun beliau agak rajin untuk mengikuti kelas-kelas atau program yang dianjurkan di NADI Kampung Pantai Emas untuk menambah ilmu perniagaan yang baru. Selain berniaga melalui online, beliau juga berjual secara fizikal iaitu di Tamu Mingguan Kota Belud. Puan Rosita juga akan mencari inisiatif supaya lebih ramai mengenali produknya dengan cara meletakkan produknya di kedai-kedai runcit dan lebih membanggakan lagi beliau kini telah mencuba untuk menembusi pasaran antarabangsa bila beliau membawa keluar produk makanan peknya ke luar negara iaitu ke United Kingdom. 

 

 

IMG 20240321 122640-2048x1536

 

TimePhoto 20240628 121335-720x540

 

ASIMUNAH ENTERPRISE

 

Seperti yang kita tahu, Kampung Pantai Emas amat terkenal dengan sumber hasil lautnya. Tidak hairanlah ramai di antara penduduk di sini

merupakan usahawan desa yang rajin mengusahakan hasil sumber laut seperti ikan liking, ikan masin, belacan, lokan dan sebagainya.

Antara usahawan yang berjaya di sini ialah Puan Asimunah Binti Onin, berusia lebih kurang 52 tahun. Beliau merupakan pengusaha

belacan asli dan ikan liking sejak 10 tahun yang lalu dengan bermodalkan sebanyak RM 1000.

 

Selain berniaga belacan dan ikan liking, Puan Asimunah juga mempunyai produk jualan lain seperti ikan masin dan ikan bilis di mana

kebanyakannya diimport dari daerah yang kaya dengan sumber ikan bilis dan ikan masin iaitu daerah Kunak dan Kudat. Perusahaannya

dalam berniaga liking dan belacan mendapat sambutan yang amat baik dari mereka yang sukakan makanan berasaskan sumber laut.

Adakalanya Puan Asimunah berniaga secara offline dan adakalanya sec

ara online iaitu mempromosi samada melalui aplikasi WhatsApp

ataupun Facebook (Asimunah Salunah). Perniagaan secara offline beliau adalah dari rumah dan pembeli akan datang sendiri untuk

mendapatkan produk yang mereka mahu kerana kebanyakan adalah di kalangan jiran dan saudara-mara. Selain itu, beliau juga berniaga di

Tamu Mingguan di Pekan Kota Belud dan di sana beliau mempunyai lebih banyak pembeli yang datang dari pelbagai kampung dan daerah.

Hasil usaha beliau tidaklah sia-sia kerana telah membuahkan hasil hingga beliau mampu untuk membeli keperluan dan kehendak keluarga

dengan lebih baik seperti mampu membeli sebuah kereta idaman dan menambahbaik keadaan tempat tinggal. Pendapatan kasar beliau

bergantung dengan bekalan hasil laut yang ada. Paling tinggi untung yang beliau perolehi adalah sebanyak RM2000 lebih dalam seminggu

lebih hasil dari jualan dan paling kurang pendapatannya adalah dalam RM 900 lebih.

 

Berikut adalah senarai produk yang Puan Asimunah usahakan beserta harganya:

 mini liking

Ikan Liking 

RM 16 hingga RM35 / sekeping ikut saiz

mini IMG-20220521-WA0030

Belacan Asli KB

RM 10 /sebotol

mini IMG-20220521-WA0031

Belacan Batang

RM 10 / satu pek (20 batang)

RM 0.50 / sebatang

mini bulat besar

Bilis Bulat Besar

RM 24/ sekilo

mini bulat sedang

Bilis Bulat Sedang

Rm 22/ sekilo

 

 

BUNGA LICIOUS ICE-CREAM HOMEMADE

 

Selain Asimunah Enterprise yang menjual makanan bersumberkan hasil laut, terdapat juga usahawan yang berniaga makanan sejukbeku iaitu

aiskrim homemade yang bernama Bunga Licious Homemade Ice Cream. Peniaga yang mengusahakan produk ini juga merupakan komuniti di sini

bernama Puan Shanizah Binti Abdul Gostan. Beliau juga merupakan ibu kepada tiga orang anak dan merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau

mula berjinak dalam mengusahakan perniagaan beliau sejak awal bulan tahun 2022. Antara jenis ais krim yang menjadi kegemaran warga di sini 

ialah aiskrim berperisa Oreo, Peppermint, Bandung, Jagung, Milo dan Pandan. 

Puan Shaniza juga menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan produk beliau seperti WhatsApp dan Facebook. Selain berjinak-jinak 

di media sosial, Puan Shaniza juga sering mempromosikan aiskrim buatannya di kedai-kedai runcit berhampiran di sekitar Kampung Pantai Emas

seperti Kedai Runcit BB Omess yang juga berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Peladok. Kebanyakan pelanggan-pelanggan tetapnya adalah

pelajar sekolah tersebut dan warga yang ada di sekitar. Purata pendapatan beliau dalam sebulan hasil dari berniaga aiskrim adalah RM700. Puan

Shaniza juga merupakan ahli NADI Kampung Pantai Emas yang aktif mengikuti segala kursus dan kelas asas usahawan yang dijalankan di NADI ini.

Harapan beliau di masa hadapan adalah agar beliau dapat mengembangkan lagi perniagaannya hingga dikenali berperingkat-peringkat, dalam 

daerah ini dan seterusnya mungkin dikenali di seluruh Sabah. Beliau juga berharap agar dapat membuka sebuah kedai khas untuk beliau 

memproses dan menjual aiskrim buatannya.

 

 

Berikut adalah gambar-gambar produk yang Puan Shanizah usahakan:

 

 

mini 300134828 4965243290254241 3594377066180310197 n

 

mini 300146310 4961880333923870 2026172770257098883 n

 

mini 300389122 4970210553090848 2690281452941283786 n

 

 

 

 

NURRAYSA BY AMINAHWATI

 

mini IMG20230129104116

Puan Aminah mengikuti kelas Asas Canva

 

Komuniti di Kampung Pantai Emas juga aktif dalam bidang dropship. Antaranya adalah Puan Aminahwati Binti Rashul. Beliau merupakan dropship produk kosmetik terkenal iaitu Nurraysa. Beliau mula berjinak-jinak dalam bisnes online ini sejak tahun lalu sebagai reseller produk Nurraysa dan juga sebagai pendapatan tambahan beliau. Puan Aminahwati juga merupakan suri rumah sepenuh masa. Sebelum ini, beliau pernah bekerja di sektor peruncitan. Namun, beliau mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada keluarganya. Untuk mengisi masa lapang di samping untuk menambahkan pendapatan, beliau mula mengorak langkah untuk menceburi bidang perniagaan secara online dan memilih produk Nurraysa kerana amat dikenali di negara ini dan juga merupakan salah satu kosmetik yang terbaik di Malaysia. 

Puan Aminahwati sering ke NADI Kg Pantai Emas untuk melayari internet bersama anak-anaknya di masa lapang. Selain itu, beliau juga aktif dalam mengikuti kelas-kelas yang diadakan di NADI seperti kelas keusahawanan dan kelas poster Canva.  Puan Aminahwati memulakan bisnes online dengan bermodalkan sebanyak RM 100.00 dan untung yang beliau peroleh buat masa ini hanya mencecah sebanyak RM 100.00. Produk beliau sering mendapat perhatian dari kalangan guru-guru yang mengajar di sekitar kampung ini. Untuk menambahkan lagi pendapatan, beliau berusaha untuk mendapatkan ilmu berkaitan perniagaan online di NADI.

 

Antara produk-produk Nurraysa by Aminahwati:

 

 

 

mini NURRAYSA-LIQUID-FOUNDATION-e1599627053263

Perfect Glow Foundation

Rm 32.90

 

 

20220621110917 MOCKUP 2-01

 

Calming Oil

Rm 20

 

20220106114251 REDCHILLIES

Korean Barbie Liptint

Rm 22.90

 

 

MASYUNZ ENTERPRISE BY MASLIAH MUKSIN

 

 IMG-20230117-WA0050

 

IMG20220625092339-1560x2080

 

 

Puan Masliah Muksin merupakan salah seorang usahawan NADI Kg Pantai Emas yang mengusahakan perniagaan pakaian, aksesori serta barang-barang keperluan dapur. Beliau merupakan antara reseller online yang juga aktif menyertai kelas-kelas keusahawanan yang diadakan di NADI seperti Bengkel Keusahawanan Digital dan Kelas Whatsapp Business.

Mengenai pendapatannya di dalam sebulan, beliau mampu untuk mencapai keuntungan sebanyak RM800.00 dan kini semakin meningkat sehingga RM 1000.00 sebulan.  Puan Masliah lebih selsesa mempromosi produk jualan secara offline iaitu melalui gerai jualannya atau di vendor. Selain itu, beliau juga turut mempromosi jualan secara online dengan menggunakan platform WhatsApp.

Puan Masliah juga mengambil inisiatif untuk mempamerkan produk beliau di sudut keusahawanan yang disediakan di NADI Kg Pantai Emas dan produk beliau mendapat sambutan yang baik apabila ramai pengunjung NADI membeli produk beliau yang dipamerkan di sini. Antara produk yang beliau pamerkan di NADI adalah pakaian keperluan seperti Tudung Sarung Alfaro, Tudung Bawal dan Tudung Sarung berkualiti ZihaLuv. Ramai pembeli yang berpuas hati dengan produk beliau kerana amat mudah dan selesa dipakai. Tambahan pula ianya sesuai dengan golongan ibu-ibu dan surirumah yang inginkan penampilan sederhana dan mudah bersiap.