| Tarikh: 14 Januari 2026 (Rabu) Masa: 9.30 pagi – 11.00 pagi & 3.00 petang – 4.30 petang Tempat: NADI Kampung Pantai Emas, Kota Belud |
| Tujuan Kelas NADI Mahir ini bertujuan untuk membantu para peserta dalam mendalami ilmu kemahiran berkaitan dengan kemahiran membaiki gajet, menjahit dan memasak. Di dalam kelas mingguan pertama ini mereka diperkenalkan dengan sistem NADI Mahir iaitu MTS bagi memudahkan sesi pembelajaran mingguan peserta. |
| Aktiviti Para peserta didaftarkan terlebih dahulu melalui sistem MTS oleh staff NADI. Mereka menyertai kelas-kelas mahir ini melalui link yang tersedia di akaun MTS masing-masing. Para peserta diperkenalkan dengan tenaga-tenaga pengajar NADI Mahir masing-masing dan seterusnya diperkenalkan dengan sistem MTS (Mahir Training System), cara mendaftarkan nama dan cara mengendalikan sistem. Selain itu, mereka juga diberi taklimat pengenalan ringkas berkaitan dengan kelas-kelas yang mereka sertai. |


