mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI

14 JUN 2025

NADI TINY TEACHIES BENGKEL ROBOTIK (PELAJAR SEKOLAH RENDAH)
14 JUN 2025 (SABTU)
NADI Kg Pantai Emas, Kota Belud
Tujuan: Kelas Bengkel Robotik diwujudkan bagi memberi ilmu baru kepada kanak-kanak di bawah 12 tahun mengenai ilmu asas Sains Robotik.
Aktiviti: Bengkel dimulakan dengan kuiz ulangkaji dan diteruskan dengan pengenalan ilmu sains Robotik.

13 JUN 2025

NADI X CYBERSECURITY WEBINAR LINDUNGI IDENTITI DIGITAL ANDA
13 JUN 2025 (JUMAAT)
NADI Kg Pantai Emas, Kota Belud
Tujuan: Webinar ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang kepentingan menjaga identiti peribadi di media sosial.
Aktiviti: Para peserta diberikan taklimat tentang kesedaran perlindungan identiti peribadi di media sosial seperti cara-cara orang mencari maklumat tentang diri kita melalui akaun media sosial, serta cara untuk mengelak agar maklumat peribadi dan identiti kita tidak mudah dicerobohi.

27 MEI 2025

NADI MAHIR GAJET SHORT LEARNING SERIES (CARA MENUKAR LCD TELEFON PINTAR)
27 MEI 2025 (SELASA)
Bilik Latihan NADI Kg Pantai Emas
Tujuan: Kelas pengajaran jangka masa pendek ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang asas-asas cara mengendalikan gajet.
Aktiviti: Peserta diberikan penerangan yang detail mengenai asas pengendalian gajet, bahagian penting telefon pintar dan alat-alat penting yang digunakan untuk mengendali telefon pintar. Selain itu, peserta juga diberikan demonstrasi cara membuka dan memasang lcd telefon pintar.

21 MEI 2025

NADI MAHIR JAHIT PRAKTIKAL MENYIAPKAN TUGASAN MEMBUAT APRON
21 MEI 2025 (RABU)
Bilik Latihan NADI Kg Pantai Emas
Tujuan: Para peserta diberikan ruang dan masa untuk menggunakan peralatan mahir jahit yang disediakan di NADI bagi menyiapkan tugasan mereka untuk menghasilkan sepasang apron.
Aktiviti: Para peserta ke NADI pada waktu lapang mereka bagi menyiapkan tugasan pertama mereka iaitu tugasan penghasilan apron. Mereka menggunakan peralatan mahir jahit yang disediakan di NADI bagi menyiapkan tugasan mereka.

20 MEI 2025

KELAS NADI MAHIR JAHIT MINGGU KE 14
20 MEI 2025 (SELASA)
Bilik Latihan NADI Kg Pantai Emas
Tujuan: Kelas mahir jahit minggu ke 14 memberi penerangan tentang cara-cara menggunakan mesin jahit serta cara untuk menjahit baju kurung pesak.
Aktiviti: Para peserta diberikan sedikit penerangan mengenai asas penggunaan mesin jahit. Seterusnya diberikan masa untuk menonton tutorial menjahit baju kurung pesak melalui laman Youtube Mahir NADI. Kemudian mereka diberikan tugasan untuk memulakan jahitan baju kurung pesak.

3 MEI 2025

PROGRAM OUTREACH YAB KETUA MENTERI BERSAMA USAHAWAN BELIA, NGO DAN BICARA SENI (NADI X WELLBEING)
3 MEI 2025 (SABTU)
NADI Kg Pantai Emas
Tujuan: Program ini bertujuan untuk mendekatkan para komuniti dengan usahawan, NGO serta anak-anak seni tempatan. Selain untuk memberi agihan dana kepada usahawan, Bual Bicara Seni yang diadakan dalam program ini juga dapat memberi pendedahan dan perkongsian dari anak-anak seni tempatan tentang rahsia kejayaan mereka kepada komuniti.
Aktiviti: Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah pemeriksaan kesihatan percuma dan pendaftaran keahlian percuma oleh pihak NADI kluster Kota Belud, permainan online untuk kanak-kanak, pameran gerai usahawan, penyerahan dana untuk usahawan, cabutan tiket bertuah, Bicara Seni serta persembahan dari artis tempatan dan ucapan perasmian dari YB Datuk Japlin Akim.

26 APRIL 2025

PERLAWANAN MLBB PERINGKAT GROUPING NADI X E-SUKAN
26 APRIL 2025 (SABTU)
NADI Kg Pantai Emas
Tujuan: Perlawanan ini bertujuan untuk menyaring kumpulan pemain-pemain Mobile Legend yang layak untuk dibawa ke perlawanan peringkat seterusnya.
Aktiviti: Wakil-wakil pemain Mobile Legend NADI Kg Pantai Emas berkumpul di NADI untuk meneyertai perlawanan dengan beberapa NADI dari daerah lain melalui Discord.

25 APRIL 2025

WEBINAR KESELAMATAN SIBER UNTUK WANITA NADI X CYBERSECURITY
25 APRIL 2025 (JUMAAT)
NADI Kg Pantai Emas
Tujuan: Webinar yang dijalankan bertujuan untuk memberi panduan kepada komuniti terutama kaum wanita berkaitan dengan jenayah siber yang sering terjadi hari ini serta dengan cara-cara mengelak dan menghadapi segala ancaman atau serangan siber dengan betul.
Aktiviti: Peserta menyertai webinar melalui sistem Cybersecurity NADI.

22 MAC 2025

BAZAR RAYA NADI 2025 FT BELAJAR DI NADI
22 MAC 2025 (SABTU)
NADI Kampung Pantai Emas
Tujuan: Program yang julung-julung kalinya dibuat di seluruh Malaysia ini bertujuan untuk memperkenalkan lagi fungsi NADI kepada seluruh komuniti, selain untuk menambahkan lagi keahlian NADI dan membantu usahawan-usahawan NADI dalam memajukan perniagaan mereka. Program gabungan dengan Belajar di NADI ini juga bertujuan untuk memberi perkongsian kepada para komuniti yang hadir berkaitan dengan keusahawanan .
Aktiviti: Antara aktiviti sepanjang program ini ialah pembukaan gerai-gerai usahawan kecil, pembukaan kaunter pungutan zakat, saringan kesihatan percuma, pendaftaran keahlian percuma, kelas keusahawanan dan cabutan bertuah.

17 MAC 2025

PERTANDINGAN POSTER DIGITAL BERTAJUK SIBER BULI
17 MAC 2025 (ISNIN)
NADI Kampung Pantai Emas
Tujuan: Pertandingan Poster Digital ini bertujuan untuk menguji kreativiti dan bakat para peserta yang berumur 12 tahun ke bawah dalam mereka poster digital yang bertajuk Siber Buli.
Aktiviti: Sebelum pertandingan para peserta diberikan tunjuk ajar asas-asas langkah membuat poster menggunakan aplikasi Canva. Setelah itu, mereka diberikan masa untuk menyiapkan poster menarik mereka selama 30 minit.

15 MAC 2025

WEBINAR SAFE AND SHIELD: PENGANTUNAN SIBER
15 MAC 2025 (SABTU)
NADI Kampung Pantai Emas
Tujuan: Webinar Safe and Shield ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai maksud pengantunan siber atau lebih dikenali sebagai “cybergrooming”. Selain itu, memberi penerangan tentang ciri-ciri cybergrooming, kesan buruknya dan cara mengatasinya.
Aktiviti: Webinar ini dimulakan dengan berkenalan dengan penyampai taklimat dan pengenalan mengenai Definisi Pengantunan Siber. Selain itu, mereka juga diberikan penerangan tentang contoh-contoh cybergrooming dan seterusnya kuiz online.

6 MAC 2025

KELAS MASAKAN NYONYA BERSAMA CHEF FLORENCE TAN
6 MAC 2025 (KHAMIS)
Bilik Latihan NADI Kampung Pantai Emas
Tujuan: Kelas ini bertujuan untuk memberi perkongsian kepada para peserta cara-cara penyediaan masakan tradisional Nyonya. Selain itu, untuk berkongsi tips-tips memasak yang selalu diguna pakai oleh chef.
Aktiviti: Para peserta menyertai kelas mahir masak masakan Nyonya ini melalui sistem Mahir NADI. Selain dapat menyedut ilmu masakan tradisional nyonya, mereka juga dapat berinteraksi secara langsung melalui talian dengan chef di ruangan chat Youtube Mahir NADI.

28 FEBRUARI 2025

KURSUS PENGAMBILAN SIJIL HALAL JAKIM
28 Februari 2025 (Jumaat)
NADI Kampung Pantai Emas
Tujuan: Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang langkah-langkah untuk mendapatkan sijil halal dengan betul.
Aktiviti: Kursus ini dimulakan dengan sedikit taklimat berkaitan kursus dan juga pengenalan NADI. Seterusnya, tenaga pengajar yang didatangkan khas dari Persatuan BUMIS memberi penerangan dan tunjuk ajar cara memohon sijil halal secara online.

22 FEBRUARI 2025

KELAS MAHIR NADI JAHITAN MINGGU KE TIGA
22 Februari 2025 (Sabtu)
Bilik Latihan, NADI Kampung Pantai Emas
Tujuan: Kelas MAHIR NADI Jahitan minggu ketiga memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai teknik-teknik mengambil bacaan ukuran badan untuk proses menjahit yang seterusnya.
Aktiviti: Para peserta diberikan taklimat mengenai peralatan dan bahan-bahan asas menjahit. Seterusnya, para peserta diajar cara-cara untuk mengambil bacaan ukuran badan pelanggan dan juga cara membaca ukuran inchi dan hun.

15 FEBRUARI 2025

KELAS MAHIR NADI JAHITAN MINGGU KE DUA
15 Februari 2025 (Sabtu)
Bilik Latihan, NADI Kampung Pantai Emas
Tujuan: Kelas MAHIR NADI Jahitan minggu ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada para peserta mengenai peralatan asas jahitan.
Aktiviti: Kelas minggu ini merupakan gabungan dengan kelas ganti jahitan kumpulan lain. Para peserta diberikan taklimat mengenai keperluan-keperluan asas jahitan.

7 FEBRUARI 2025

KELAS MAHIR NADI PERTANIAN MINGGU KE TIGA
7 Februari 2025 (Jumaat)
Ruang Surfing, NADI Kampung Pantai Emas
Tujuan: Kelas Mahir NADI Pertanian ini diadakan bagi memberi ilmu serta meningkatkan pengetahuan para peserta dalam pertanian moden.
Aktiviti: Peserta NADI Mahir mengikuti kelas Mahir NADI setiap minggu pada hari yang sama. Mereka diberikan taklimat mengenai asas kesuburan tanah, jenis-jenis tanah dan pembajaan.