Terdapat beberapa kawasan pelancongan dan tempat menarik di sekitar Kampung Pantai Emas, Kota Belud, Sabah. Berikut adalah tempat-tempat menarik yang menjadi tumpuan komuniti di sekitar NADI Kampung Pantai Emas.
The Bay Edge, Kuala Abai

Restoran Pintasan Sunset View

Restoran Pintasan Sunset View ini telah wujud sekitar penghujung tahun 2023. Restoran ini terletak di Jalan Pan Borneo, Pantai Batu Gadung, Kampung Tamau, Kota Belud. Ianya juga terletak di kawasan persisiran pantai dan sangat menjadi perhatian para pengunjung kerana mempunyai pemandangan yang sangat menarik terutamanya dapat melihat matahari terbenam pada waktu senja.
Menara Peninjau (Lookout Tower)

Kampung Pantai Emas bakal menjadi tumpuan ekopelancongan dengan terbinanya Lookout Tower atau lebih dikenali sebagai Menara Peninjau yang kini semakin menjadi tarikan para penduduk di kampung dan di luar kampung ini untuk berkunjung dan beriadah di sini.
Pembinaan fasiliti ini bertujuan menambah baik sektor pelancongan dan perikanan di Kg. Pantai Emas, sekaligus menjadikan Kota Belud sebagai pusat tumpuan ekopelancongan seperti yang dinyatakan dalam Halatuju Sabah Maju Jaya.
Jeti Pelancongan Kampung Pantai Emas

Tujuan ia dibina adalah untuk menambah baikkan lagi sektor pelancongan juga perikanan di kampung tersebut. Selainitu, ia juga diharap dapat membantu menjana pendapatan komuniti setempat dan memberi peluang pekerjaan melalui kewujudan pengusaha kecil dan sederhana dalam sektor perikanan dan pelancongan.
Pantai Emas
