24 JANUARI 2025
| AKTIVITI REKA CIPTA TANGLONG CNY 24 JANUARI 2025 (JUMAAT) BILIK LATIHAN NADI KAMPUNG PANTAI EMAS |
| Tujuan: Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan daya kreativiti dan menguji kemahiran motor para peserta di samping untuk meraikan Tahun Baru Cina yang akan datang. |
| Aktiviti: Seramai 10 orang pelajar telah menyertai aktiviti ini. Pertama sekali, mereka diberikan contoh cara membuat tanglong menggunakan kertas terpakai di hadapan kelas melalui video Youtube. Setelah itu, masing-masing diberikan tugasan untuk menyiapkan tanglong mengikut langkah-langkah yang telah ditunjukkan di hadapan kelas. |
17 JANUARI 2025
| KELAS NADI MAHIR PERTANIAN MINGGU PERTAMA 17 JANUARI 2025 (JUMAAT) NADI KAMPUNG PANTAI EMAS |
| Tujuan : Kelas NADI Mahir Pertanian buat pertama kalinya diadakan di NADI bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu kerja para komuniti yang berkaitan dengan pertanian. |
| Aktiviti : Seramai 2 orang peserta telah menyertai kelas NADI Mahir ini. Pada kelas minggu pertama, mereka telah diberikan taklimat yang berkaitan dengan cara menggunakan sistem NADI Mahir, cara mengisi kehadiran, cara menghantar surat dan sebagainya. Selain itu, kelas pertama juga diselitkan tentang pengenalan asas-asas pertanian moden. |
4 JANUARI 2025
| KELAS ICT MENAIP ESSAY RINGKAS (KARANGAN BAHASA INGGERIS) 4 JANUARI 2025 (SABTU) NADI KAMPUNG PANTAI EMAS |
| Tujuan : Kelas ICT ini bertujuan untuk mendedahkan kemahiran asas menaip kepada para peserta. Selain untuk meningkatkan keupayaan mereka dalam menggunakan Microsoft Word, ianya juga bertujuan untuk mengasah kemampuan para peserta dalam mengarang menggunakan bahasa antarabangsa, iaitu Bahasa Inggeris. |
| Aktiviti : Seramai 3 orang pelajar sekolah rendah telah menyertai kelas ICT ini. Mereka diberikan contoh karangan dalam Bahasa Inggeris untuk ditaip semula yang bertajuk “My Biography”. Mereka diberikan tugasan untuk menaip semula tetapi mengenai diri mereka sendiri. Peserta juga diajar cara-cara untuk memuatnaik gambar di Microsoft Word dari pencarian Google Image. |
15 DISEMBER 2024
| KELAS NADI MAHIR FOTO MINGGU PERTAMA 15 DISEMBER 2024 (AHAD) NADI KAMPUNG PANTAI EMAS |
| Tujuan: Kelas NADI Mahir Foto bertujuan bagi memberi tunjuk ajar kepada para peserta kemahiran-kemahiran asas dalam pengambilan foto. |
| Aktiviti: Seramai 2 peserta telah menyertai kelas ini dan di kelas minggu pertama, para peserta diberikan pengenalan dan asas-asas cara mengambil foto dengan baik. Mereka juga diberikan taklimat tentang cara-cara mengendalikan Sistem NADI MAHIR. |
12 DISEMBER 2024
| KELAS NADI MAHIR MASAK MINGGU PERTAMA 12 DISEMBER 2024 (KHAMIS) NADI KAMPUNG PANTAI EMAS |
| Tujuan: Untuk memberi ilmu kemahiran berkaitan dengan aktiviti memasak kepada para peserta NADI Mahir. |
| Aktiviti: Seramai 2 orang peserta telah menyertai kelas ini. Para peserta diberikan taklimat tentang cara-cara menggunakan sistem NADI MAHIR sepanjang kelas mahir dijalankan. Selain itu, mereka juga diberikan sedikit pengenalan tentang silibus-silibus mahir masak yang akan mereka pelajari di minggu-minggu akan datang. |
11 DISEMBER 2024
| AKTIVITI ADVOKASI SAFE INTERNET SK PIASAU 11 DISEMBER 2024 (RABU) SK PIASAU, KOTA BELUD |
| Tujuan: Untuk memberi perkongsian mengenai keselamatan internet kepada para pelajar di SK Piasau, Kota Belud. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mempromosi NADI dan perkhidmatan yang ada di NADI kepada komuniti di sana. |
| Aktiviti: Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ialah taklimat pengenalan NADI, taklimat keselamatan internet, kuiz keselamatan internet dan pendaftaran keahlian NADI percuma. |