mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Kawasan Pelancongan & Bersejarah

Terdapat beberapa kawasan pelancongan dan tempat menarik di sekitar Kampung Pantai Emas, Kota Belud, Sabah. Berikut adalah tempat-tempat menarik yang menjadi tumpuan komuniti di sekitar NADI Kampung Pantai Emas.

The Bay Edge, Kuala Abai

This image has an empty alt attribute; its file name is 29caf4d1.webp

Restoran Pintasan Sunset View

432095330 122119687424229687 5105553743450173850 n

Restoran Pintasan Sunset View ini telah wujud sekitar penghujung tahun 2023. Restoran ini terletak di Jalan Pan Borneo, Pantai Batu Gadung, Kampung Tamau, Kota Belud. Ianya juga terletak di kawasan persisiran pantai dan sangat menjadi perhatian para pengunjung kerana mempunyai pemandangan yang sangat menarik terutamanya dapat melihat matahari terbenam pada waktu senja.

Menara Peninjau (Lookout Tower)

minicopy IMG-20220109-WA0036

Kampung Pantai Emas bakal menjadi tumpuan ekopelancongan dengan terbinanya Lookout Tower atau lebih dikenali sebagai Menara Peninjau yang kini semakin menjadi tarikan para penduduk di kampung dan di luar kampung ini untuk berkunjung dan beriadah di sini.

Pembinaan fasiliti ini bertujuan menambah baik sektor pelancongan dan perikanan di Kg. Pantai Emas, sekaligus menjadikan Kota Belud sebagai pusat tumpuan ekopelancongan seperti yang dinyatakan dalam Halatuju Sabah Maju Jaya.

Jeti Pelancongan Kampung Pantai Emas 
minicopy IMG-20220109-WA0031
Jeti Pelancongan ini juga adalah antara tarikan di sini. Ianya dibina bersebelahan dengan Menara Peninjau Kg Pantai Emas.
Jeti Kampung Pantai Emas merupakan projek Kerajaan Negeri bersama PETRONAS melalui Joint Working Committee (JWC) yang bernilai RM500,000 termasuk kos membina Menara Peninjau yang bersebelahan Jeti.

Tujuan ia dibina adalah untuk menambah baikkan lagi sektor pelancongan juga perikanan di kampung tersebut. Selainitu, ia juga diharap dapat membantu menjana pendapatan komuniti setempat dan memberi peluang pekerjaan melalui kewujudan pengusaha kecil dan sederhana dalam sektor perikanan dan pelancongan.

Pantai Emas 
minicopy pantai emas fb background
Gambar menunjukkan pemandangan di pesisir Pantai Emas yang juga merupakan tarikan para pelancong tidak kira dari dalam ataupun luar daerah ini. Pantai Emas sangat terkenal dengan rupa pasirnya yang berkilau seperti kristal apabila terkena pancaran matahari. Selain itu, panorama pada waktu petangnya juga amat menarik terutama jika sewaktu matahari terbenam yang membuatkan suasana pemandangan kemerah-merahan seperti emas.