mcmc
Laporan Aktiviti

MAJLIS PEMBUKAAN PERTANDINGAN SUKAN ULSAN KOREA 2025

TARIKH: 14 SEPTEMBER 2025 (AHAD)
MASA: 8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI
TEMPAT: KOMPLEKS SUKAN KOTA BELUD, BUTONG
Tujuan

NADI telah dijemput oleh pihak JAPEN untuk mengadakan pameran NADI di sepanjang program perasmian sukan di Kompleks Sukan Kota Belud. Pameran tersebut bertujuan untuk memperkenalkan NADI kepada komuniti di sekitar di samping untuk menyediakan perkhidmatan percuma seperti pendaftaran MyDigital ID kepada para pengunjung.
Aktiviti

Antara aktiviti yang menarik selain dari pameran NADI adalah Pertandingan Mewarna kanak-kanak, Pertandingan Memanah Dewasa, pameran dari agensi-agensi yang terlibat seperti Kementerian Kesihatan Malaysia serta usahawan-usahawan tempatan, persembahan pencak silat, perasmian dari YB Datuk Mohd Arsad Bistari selaku YB ADUN N9 Tempasuk dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.